HomeUtamaKPMKR mahu warganya terus melakar kejayaan, tunjuk budaya kerja berprestasi tinggi

KPMKR mahu warganya terus melakar kejayaan, tunjuk budaya kerja berprestasi tinggi

Read Time:1 Minute, 11 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) mahu semua kakitangan dibawah kementerian itu mengambil tanggungjawab bersama dalam melaksanakan tugas dan amanah dengan penuh efisien.

Menterinya Datuk James Ratib berkata, pihaknya juga mahu semua warga KPMKR akan terus melakar kejayaan dan menunjukkan budaya kerja yang berprestasi tinggi.

“Seperti yang semua sedia maklum, kecemerlangan penyampaian perkhidmatan ke arah pembangunan masyarakat makmur dan sejahtera menjelang 2026 adalah menerusi visi dan misi kementerian kita.

“Untuk mencapai visi dan misi itu, sudah pasti pelbagai cabaran bakal kita hadapi.  Justeru saya ingin mengajak kepada seluruh warga kerja KPMKR dan agensi supaya terus memberikan perkhidmtan terbaik kepada kementerian ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa anjuran KPMKR di sini semalam.

Pada majlis itu, turut diraikan warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan anak yatim selain kakitangan KPMKR.

James berkata, penganjuran majlis itu berupaya menyatupadukan warga kerja kementerian agar bersama berkhidmat dengan lebih cemerlang, dinamik, dedikasi dan penuh iltizam yang tinggi.

“Syukur alhamdulilah, kesempatan yang ada pada hari ini membolehkan kita bersuaikenal dengan lebih dekat lagi sekaligus menjalin dan mengeratkan silaturahim sesama kita.

“Pada hari ini saya rasa amat bertuah kerana dapat bersama-sama dan bertemu dengan lebih dekat secara bersemuka dengan warga kerja KPMKR.

“Sebelum ini, saya telah pun berjumpa dengan sebahagian daripada kakitangan, terutamanya dengan ahli pengurusan tertinggi yang diketuai oleh Datuk Sr. Lee Chun Khiong,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya