70 pegawai persekutuan jayakan khatam Al-Quran

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:39 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu:   Seramai 70 pegawai persekutuan menjayakan Majlis Khatam Al-Quran Perdana Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (KPKPS) di sini baru-baru ini

Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sabah, Datuk Norjeli Dais berkata, program yang dilaksanakan sempena Ramadan itu diharap dapat memberi kesan positif kepada semua pegawai terlibat.

“Selain itu ianya juga antara usaha kita bagi mendekati Al-Quran dan merapatkan lagi hubungan silaturrahim dalam kalangan peserta,” katanya.

Pada majlis itu, Norjeli turut menyampaikan 116 bakul makanan yang disumbangkan oleh Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MAIWP) di Surau KPKPS, di sini.

Katanya, sumbangan tersebut akan diserahkan kepada kakitangan Kombinasi Saudagar terdiri daripada anggota pembersihan dan pengawal keselamatan bangunan KPKPS.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *