HomeIsu tempatanLesen tamat tempoh, bot tunda dan tongkang ditahan

Lesen tamat tempoh, bot tunda dan tongkang ditahan

Read Time:1 Minute, 6 Second

Labuan : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia berjaya menahan sebuah bot tunda beserta tongkang di kedudukan 4.0 batu nautika Timur Laut Pulau Labuan, sekitar jam 9.20 pagi tadi. 

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, hasil pemeriksaan mendapati Lesen Perkapalan Domestik bot tunda tersebut telah tamat tempoh. 

Katanya, ketika diperiksa, bot tunda beserta tongkang tersebut dikendalikan seorang kepten bot berusia 58 tahun diikuti dengan seorang Chief Officer dan Ketua Jurutera berusia 33 tahun dan 45 tahun masing –masing adalah warganegara Myanmar dan Indonesia. 

“Bot tunda itu difahamkan dalam pelayaran dari Brunei ke Tawau. Bot disyaki telah melakukan kesalahan dibawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) iaitu Lesen Perkapalan Domestik (DSL) telah tamat tempoh.

“Nakhoda,kru,bot tunda beserta tongkang dan dokumen terbabit telah ditahan dan dibawa ke jeti Zon Maritim Labuan untuk siasatan lanjut, ” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nudin berkata, pengusaha perkapalan dan bot beserta pemilik dinasihatkan untuk memastikan dokumen dan lesen kapal atau bot sentiasa diperiksa dan mengikut peraturan yang ditetapkan sebelum melakukan sebarang aktiviti di perairan Malaysia. 

Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas sebarang aktiviti atau salah laku jenayah di laut. 

Orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-453777 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

20 anak yatim Rumah Amal Kasih Kingfisher terima sumbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya