HomeIsu tempatanBot kargo bawa barang kawalan  berlebihan berjaya ditahan

Bot kargo bawa barang kawalan  berlebihan berjaya ditahan

Read Time:1 Minute, 24 Second

Tawau : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot kargo tempatan yang membawa muatan pelbagai barang runcit jam 7.20 petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, pihaknya berjaya mengesan sebuah bot kargo dalam keadaan mencurigakan bergerak dari perairan Tawau menuju ke Pulau Sebatik.

Katanya, pemeriksaan awal ke atas bot yang ditahan di kedudukan 1.4 batu nautika selatan Pelabuhan Tawau itu mendapati dua lelaki warga tempatan masing-masing berusia 31 dan 45 tahun bertindak selaku juragan dan pembantu bot tersebut.

“Pemeriksaan menyeluruh ke atas bot tersebut telah menemukan barang kawalan iaitu 53 kotak minyak masak paket berjumlah 901 kilogram (kg) yang disembunyikan dibawah timbunan barang-barang runcit.

“Pemeriksaan dokumentasi seterusnya mendapati lesen yang dibenarkan hanya terhad kepada 500 kg sahaja untuk setiap penghantaran.

“Bot, muatan serta kedua-dua kru bot tersebut seterusnya ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana didapati cuba membawa barang kawalan melebihi kuota yang dibenarkan,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shahrizan berkata, kesemua barangan yang berlebihan termasuk bot kargo dan enjin bot disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM50,000.

Katanya, statistik tangkapan Zon Maritim Tawau telah merekodkan sebanyak 17 kes pelbagai kesalahan bagi suku tahun pertama 2023 dan kes pertama untuk Ops Khas Pagar Laut.

“Maritim Malaysia akan terus memperkasakan tugas penguatkuasaan dan mengoptimumkan pengoperasian terutama ketika musim perayaan bagi membanteras aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang di Zon Maritim Malaysia khususnya di perairan Timur Sabah(ESSZONE),”katanya.

Salurkan sebarang salah laku jenayah yang berlaku di sekitar perairan Tawau ke talian Pusat Operasi Zon Maritim Tawau 089-752116 dan talian kecemasan 999. –SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

EU komited bantu Sabah atasi isu keselamatan, tenaga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya