RPH terima peruntukan khas tambah baik kemudahan, pengurusan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:55 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Ranau : Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun semalam mengumumkan peruntukan khas sebanyak RM50,000 untuk disalurkan kepada Rumah Putera Harapan (RPH) di sini.

Peruntukan itu adalah bagi membantu kerja-kerja penambahbaikan kemudahan dan pengurusan RPH.

“Diharap sumbangan ini mampu membantu pihak RPH dalam menambah baik pengurusan dan pentadbiran bagi mengelola rumah anak yatim ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan surau RPH seterusnya berbuka puasa dengan pengurusan dan pelajar-pelajar RPH di Kampung Lohan Skim 2, sini semalam.

Masidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan turut menandatangani plak sebagai tanda merasmikan surau yang baru dibina sambil disaksikan Pihak Pengurusan RPH dan orang ramai.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah ADUN Dilantik, Datuk Amisah Yassin, Pengerusi PELADANG Kinabalu Ranau, Datuk Faimin Kamin, Pengerusi RPH Sunoto Yahmin, Pengurus RPH Ranau, Mohd Sabri Abdulla, Yang Dipertua ABIM Cawangan Ranau, Mohd Fazlie Middie serta AJK Gagasan Rakyat Bahagian Karanaan dan Paginatan.

Sepanjang bulan Ramadan ini RPH aktif menganjurkan aktiviti keagamaan termasuk Solat Sunat Tarawih bertujuan memupuk ikatan Silaturrahim dan ukuwah untuk masyarakat sekitar dan pelajar RPH. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *