HomeIsu tempatanPuisi pelajar KV Keningau antara 13 karya terpilih untuk Majalah Sastera UK...

Puisi pelajar KV Keningau antara 13 karya terpilih untuk Majalah Sastera UK 2023

Read Time:1 Minute, 20 Second

KENINGAU: Ashraf Daniel Anuar, 18, berjaya menempatkan karya puisinya bertajuk “I Took It On Myself” antara salah satu daripada 13 karya terpilih yang diterbitkan di majalah sastera keluaran Britain iaitu Margate Bookie Zine edisi tahun 2023.

Ashraf merupakan pelajar jurusan Bakeri dan Pastri Kolej Vokasional Keningau itu sangat teruja kerana edisi majalah itu pada tahun ini hanya menerbitkan beberapa karya sahaja dan puisi hasil coretannya merupakan salah satu yang dimasukkan dalam kompilasi khas di majalah tersebut.

Menurut kenyatàan media KV Keningau hari ini, majalah keluaran persatuan kebajikan Margate Bookie tersebut berpangkalan di Kent, England, dan ianya mendapat sokongan daripada Arts Council England.

“Persatuan kebajikan ini menerbitkan kompilasi karya asli yang dipilih dari karya-karya yang diterima dari seluruh dunia setiap tahun.

“Hasil karya yang diterbitkan adalah sebanyak 50 karya untuk setiap edisi tahunan namun pada tahun 2023 ianya merupakan edisi khas yang menerbitkan sebanyak 13 karya sahaja,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, seramai lima orang pelajar KV Keningau telah berjaya menerbitkan karya mereka berupa lukisan, puisi, esei dan cerpen pada tahun 2021 dan 2022.

Puisi yang dicoret oleh Ashraf Daniel ini merumuskan refleksi dirinya yang menyalahkan diri sendiri atas masalah yang menimpa ahli keluarganya namun dia sedar bahawa dia perlu lebih rasional dan optimistik dalam menghadapi isu-isu sebegitu.

Sementara itu, Christine Stanislaus Kinsik selaku pengarah di kolej itu berasa bangga dengan pencapaian pelajar-pelajarnya dan berharap agar para pelajar didedahkan kepada dunia penulisan karya sastera yang mampu meningkatkan kemahiran bahasa dan menanam nilai-nilai murni di kalangan pelajar.

Majalah tersebut boleh diakses di laman sesawang https://margatebookie.com/events-projects/the-margate-bookie-zine/

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Ko-Nelayan, UMS jalin kolaborasi bangun produk makanan hiliran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya