Sajak ‘The World I dream Of’ oleh pelajar SK Bukit Belacon diiktiraf diperingkat antarabangsa

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 13 Second

LAHAD DATU: Sajak ‘The World I dream Of’ hasil karya Anis Umairah Al Insyirah Nor Abdi pelajar dari Sekolah Kebangsaan Bukit Belacon, Lahad Datu diiktiraf salah satu penyertaan terbaik dalam Pertandingan Antarabangsa 2022-2023 yang dianjurkan oleh Never Such Innocence (NSI) yang berpangkalan di London.

Pertandingan yang dilaksanakan secara virtual ini terbahagi kepada empat kategori iaitu lukisan, syarahan, sajak dan lagu dengan tema What does war mean to You?.

Anis Umairah yang telah menghantar sebuah sajak bertajuk ‘The World I dream Of’ dalam pertandingan tersebut dan telah mendapat pengiktirafan penyertaan terbaik oleh NSI.

NSI merupakan sebuah badan amal yang bermula sebagai projek peringatan Perang Dunia Pertama untuk kanak-kanak dan golongan muda. Diilhamkan oleh konflik ini, lebih 11,000 orang muda dari 47 negara yang berbeza mencipta puisi, karya seni dan lagu.

Penyertaan ini merupakan julung kali dan akan menjadi motivasi kepada pelajar dan guru-guru di SK Bukit Belacon Lahad Datu untuk terus menghantar penyertaan ke peringkat yang lebih tinggi.

Sementara itu, Anis Umairah berkata, dia sangat teruja menyertai pertandingan ini. Namun berkat dorongan dan sokongan guru-guru di SK Bukit Belacon, akhirnya dia berjaya mencipta sebuah sajak yang baik.

“Sajak ‘The World I Dream Of’ merupakan cetusan daripada konflik yang berlaku di Palestine yang menyedarkan kita semua agar lebih mensyukuri nikmat keamanan yang kita kecapi hari ini.

“Saya sangat bersemangat untuk menyertai lebih banyak pertandingan dan memerlukan sokongan berterusan daripada semua warga SK Bukit Belacon,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *