Kaamatan Perpaduan Gabungan 8 Kampung di Penampang meriah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 44 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Penampang: Seiring semangat perpaduan dalam konteks Malaysia Madani yang bertunjangkan sikap saling menghormati dan meraikan kepelbagaian kaum dan agama, penduduk di sini mengambil inisiatif menganjurkan sambutan Pesta Kaamatan yang menggabungkan lapan buah kampung.

Sambutan Pesta Kaamatan ini melibatkan Kampung Dungkahang, Penampang Proper, Dahab, Kambau, Tanaki, Nampasan, Dambai dan Kionggu.

Pesta Kaamatan itu dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick, di Mini Dewan Raya Terbuka Kampung Dungkahang di sini, kelmarin.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan, Jannie Lasimbang dan Pegawai Daerah Penampang Francis Chong.

Ketika berucap pada majlis itu, Ewon berkata, sambutan Kaamatan dapat memupuk perpaduan yang sedia terjalin dan menyemarakkan lagi semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat selaras dengan tema Pesta Kaamatan tahun ini ‘Kaamatan Membudayakan Perpaduan’.

“Semoga pesta kaamatan ini akan memberi rahmat dan manfaat kepada seluruh masyarakat khususnya Kadazandusun Murut Rungus (KDMR) di negeri ini. Saya juga menyeru semua penduduk kampung agar terus mengekalkan semangat perpaduan dan permuafakatan,” katanya.

Penganjuran Pesta Kaamatan itu antaranya bertujuan memperkasakan perpaduan serta keharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk melalui platform yang lebih santai, berpaksikan perayaan masyarakat etnik Sabah.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur, Vitalis Gondipon berkata, sebelum ini perayaan Pesta Kaamatan  diadakan setiap tahun di Kampung Dungkahang namun hanya membabitkan kampung berkenaan sahaja.

“Namun tahun ini berbeza kerana kami menggabungkan 8 buah kampung di mana ketua kampung di setiap kampung yang terlibat menjadi penasihat perayaan Pesta Kaamatan,” katanya.

Menurut Vitalis, matlamat penganjuran program ini juga selaras dengan hasrat kerajaan pada masa kini yang menekankan nilai perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Katanya lagi, penganjuran Pesta Kaamatan Perpaduan Gabungan lapan buah kampung ini juga bertujuan memastikan generasi muda tidak lupa asal-usul nenek moyang mereka.

Pelbagai acara dianjurkan termasuk pertandingan sukan tradisi, masakan tradisi,  Unduk Ngadau dan Sugandoi selain cabutan tiket bertuah dengan hadiah utamanya, peti televisyen berukuran panjang 70 inci.

Juara unduk ngadau Gabungan lapan Kampung dimenang Shannie Flonia Roimon, tempat kedua Steffi Olga Aidi dan Abigailary Kuiming (ketiga). Hadiah disampaikan oleh Datin Connie Parantis, isteri kepada Ewon. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *