SESB tempatkan janakuasa bergerak tampung permintaan tenaga

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:50 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Beberapa set janakuasa elektrik besar milik Stesen Janakuasa Bebas (IPP) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengalami kerosakan luar jangka yang telah menjejaskan kestabilan Sistem Grid Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB Ir.Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata, berikutan itu pihaknya segera mengambil tindakan proaktif dengan menempatkan janakuasa bergerak di beberapa lokasi strategik.

Katanya, inisiatif itu adalah bagi menambah jumlah kapasiti penjanaan elektrik.

“Sejak 2 Mei lalu, sebanyak 11 set janakuasa bergerak dengan kapasiti penjanaan sebanyak 4 Megawatt (MW) dipasang dan dioperasikan di beberapa lokasi strategik di Kota Kinabalu dan Tawau.

“Pemasangan set janakuasa bergerak ini adalah bertujuan untuk membantu Sistem Grid Sabah dan mengurangkan pelaksanaan catuan bekalan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Yaakob berkata, kesemua set-set janakuasa bergerak ini dijangka akan terus dipasang serta dioperasikan selama dua minggu iaitu sehingga 17 Mei ini.

Katanya, sistem Grid Sabah dijangka akan menjadi stabil apabila dua stesen IPP dan SESB beroperasi seperti biasa. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *