HomeIsu tempatanTiga hari hilang di laut, mayat nelayan ditemui

Tiga hari hilang di laut, mayat nelayan ditemui

Read Time:1 Minute, 12 Second

SANDAKAN: Mayat seorang nelayan lelaki berusia 33 tahun ditemuikan semalam setelah tiga hari dipercayai hilang di laut sejak 5 Mei lalu ketika menjalankan aktiviti memukat udang di perairan Pulau Berhala, dekat sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, bilik kawalan Balai Bomba Sandakan terima panggilan daripada pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mohon bantuan mencari orang hilang di laut di lokasi perairan Pulau Berhala, Sandakan pada 6 Mei jam 9.07 pagi.

“Menurut laporan daripada pihak APMM, seorang nelayan dipercayai telah keluar daripada jeti Pulau Berhala pada jam lebih kurang 6.00 pagi (05.05.2023) menuju ke perairan Pulau Berhala untuk menjalankan aktiviti memukat udang.

“Mangsa sepatutnya pulang pada jam lebih kurang 3.00 petang. Namun pada jam 2.00 petang bot mangsa dijumpai oleh penduduk kampung tanpa pengemudi.

“Pencarian mangsa telah dilaksanakan oleh orang kampung namun mangsa masih gagal ditemui. Tindakan pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan pinggir pantai bersama agensi bantuan yang lain,” kata satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

Hari kedua operasi SAR (7 Mei 2023) semalam mangsa berjaya ditemuikan oleh orang awam pada jarak dua batu Selatan nautika Pulau Berhala pada jam 8.55 pagi.

“Mangsa dikenali Mohammad Saidin Salapudin telah disahkan meninggal dunia oleh polis.

“Seterusnya tindakan pasukan bomba membantu mengangkat mangsa dari bot orang awam ke kenderaan polis (Land Rover) untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.25 pagi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya