HomeIsu tempatanKereta rempuh rumah, penghuni patah kaki

Kereta rempuh rumah, penghuni patah kaki

Read Time:56 Second

SANDAKAN: Seorang lelaki mengalami kecederaan patah kaki selepas sebuah kereta terbabas lalu merempuh rumahnya dalam satu kejadian kemalangan jalan raya di bulatan Batu 9 Jalan Old Labuk dekat sini tengah malam tadi.

Mangsa patah kaki selepas rumahnya dirempuh sebuah kereta. – Foto ihsan Bomba Sandakan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan PKPgB Severinus Sainkui@Nidzam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui MERS999 mengenai kejadian tersebut pada jam 12.35 tengah malam tadi (12 Mei).

“Sepasukan bomba tiba di lokasi kejadian mendapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Hyundai terbabas lalu merempuh sebuah rumah mengakibatkan kecederaan kepada seorang penghuni.

“Mangsa (identiti tidak diperolehi) mengalami kecederaan patah kaki menerima rawatan awal dari pasukan bomba dan seterusnya diserahkan kepada pihak pasukan perubatan. Mangsa dihantar ke hospital dengan menaiki ambulan untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Sementara itu, menurut Severinus, bagaimanapun pemandu kenderaan seorang lelaki berusia 56 tahun yang terbabit dalam kemalangan itu hanya mengalami cedera ringan manakala dua orang penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Seterusnya pasukan bomba bertindak menjalankan pemeriksaan di sekitar lokasi kejadian untuk memastikan tiada kemerbahayaan lain. Operasi ditamatkan pada jam 1.20 pagi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS terima sumbangan untuk projek kajian dan pembudayaan STEM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular