HomeIsu tempatanKV Keningau anjur kelas induk dalam talian, dikendalikan jurulatih dari Australia

KV Keningau anjur kelas induk dalam talian, dikendalikan jurulatih dari Australia

Read Time:1 Minute, 13 Second

KENINGAU: Lebih 100 peserta dari kalangan guru dan pelajar Malaysia menyertai kelas induk dalam talian anjuran Kolej Vokasional Keningau pada Rabu lalu.

Program kelas induk yang dilaksanakan adalah berkenaan dengan perubahan penggunaan teknologi di tempat kerja yang dikendalikan oleh Dr. Ken Silburn, seorang guru Science, technology, engineering and mathematics (STEM) yang mengajar di Sydney, Australia.

Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Christine Stanislaus Kinsik berkata, kelas tersebut yang dilaksanakan melalui aplikasi Google Meet telah disertai oleh guru-guru dari sekolah-sekolah di Malaysia termasuklah pelajar-pelajar kolej tersebut.

Katanya, Dr. Ken Silburn merupakan seorang guru yang terkenal di Australia dan beliau merupakan salah satu 10 finalis terbaik bagi Anugerah Guru Global (Global Teacher Prize) yang menawarkan hadiah berjumlah satu juta dolar Amerika Syarikat pada tahun 2017.

“Beliau juga telah meraih pelbagai anugerah berprestij di negara asalnya dan telah berjaya mengembangkan pendekatannya mengajar subjek sains di beberapa negara lain.

Kelas induk dalam talian kendalian jurulatih dari Australia. – Foto ihsan KV Keningau

“Melalui kelas induk ini, beliau merumuskan perubahan teknologi daripada mesin mekanikal seperti mesin menaip kepada kecerdasan buatan seperti teknologi ChatGPT dan bagaimana guru mampu menerokai teknologi terkini untuk memaksimakan pembelajaran dan pengajaran dalam dan luar bilik darjah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Christine berharap program kelas induk ini dilaksanakan secara konsisten untuk membantu para pelajar serta guru untuk mengamalkan pembelajaran seumur hidup.

“Ini juga akan meningkatkan pendedahan mereka kepada dunia luar memandangkan program pengantarabangsaan ini membolehkan mereka berinteraksi dengan pendidik dari negara lain,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan bot tunda tangkap ikan di zon larangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular