HomeIsu tempatanDonna Deidre dinobatkan Unduk Ngadau Kaamatan Bandaraya Kota Kinabalu

Donna Deidre dinobatkan Unduk Ngadau Kaamatan Bandaraya Kota Kinabalu

Read Time:35 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Donna Deidre Anak Philip berjaya memenangi pertandingan akhir Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) peringkat Bandaraya Kota Kinabalu di sini petang tadi.

Kemenangan itu membolehkan Donna mewakili Api-Api ke pertandingan akhir UNK peringkat negeri di Dewan Hongkod Koisaan Penampang 31 Mei ini.

Turut menemani Donna ke peringkat negeri adalah Devegrayc Justin yang diumumkan sebagai pemenang kedua dan akan mewakili Likas.

Manakala tempat ketiga dimenangi Anasthasia Joanne Anif dan mereka semua masing-masing membawa pulang hadiah lebih RM5,000; RM4,500 dan RM900.

Hadiah disampaikan Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Junainah Abbie.

Terdahulu, pertandingan itu dirasmikan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Deklamasi puisi akan diadakan pada Majlis Makan Malam Hari Jadi Rasmi...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular