HomePendapatKerugian RM 4.5 Trilion angkara ketirisan dan rasuah, bertindak atau semakin besar...

Kerugian RM 4.5 Trilion angkara ketirisan dan rasuah, bertindak atau semakin besar angka yang akan dilaporkan

Read Time:3 Minute, 17 Second

OLEH EDITOR SABAH MEDIA

Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim  yang telah mengarahkan agar siasatan dijalankan berhubung laporan satu firma penyelidik yang menyatakan Malaysia mengalami kerugian mencecah RM 4.5 Trilion dalam tempoh 26 tahun akibat daripada ketirisan dan rasuah haruslah disegerakan.

Ini memandangkan tuduhan itu melaporkan satu angka kehilangan yang cukup besar buat negara selepas beberapa tahun Malaysia diselubungi dengan pelbagai kontroversi serta masalah legasi yang mencengkam Kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, nilai hormat, keyakinan, dan ihsan iaitu kata kunci kepada sebuah agenda rakyat untuk membina masa hadapan yang madani buat Malaysia

Perdana Menteri yang telah memberikan arahan khusus buat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyiasat perkara tersebut mengikut lunas perundangan.

Jelas beliau, setakat ini kerajaan masih belum dapat mengenal pasti jumlah keseluruhan kerugian, seperti yang dilapor oleh EMIR Research iaitu mencecah RM4.5 trilion.

“Saya sudah bagi arahan kepada SPRM, LHDN, BNM, dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial untuk mengambil apa sahaja langkah mengikut jalur perundangan untuk bertindak.

“Ada orang mengatakan mengapa saya suarakan? Saya suarakan supaya orang sedar dan kita suarakan lawan rasuah pun ada orang takut. Kita kena suarakan tetapi saya tidak boleh berikan atau tunjuk satu persatu melainkan arahan umum.

“Kerana ada orang-orang yang diketahui rasuah berbilion, dan dah berpuluh tahun selamat sebab tak berani sentuh,” kata Perdana Menteri, semalam.

KEHILANGAN HASIL AKIBAT DASAR PENCUKAIAN NEGARA YANG LEMAH

Perangkaan Bank Dunia bagi 2017 mendapati nisbah cukai kepada KDNK Malaysia hanya berada pada paras 13.1 peratus, walaupun saiz ekonomi Malaysia mencecah RM1.353 trilion.

Keadaan itu meletakkan Malaysia berada di bawah negara perbandingan lain seperti Vietnam, Chile, Poland dan Korea Selatan, masing-masing mencatatkan 19 peratus, 17.4 peratus, 16.8 peratus dan 15.4 peratus.

Antara faktor penyumbang adalah dasar pemberian insentif cukai yang agresif, penurunan kadar cukai setiap tahun, ketirisan hasil kerana lari dan elak bayar cukai serta kadar pematuhan cukai yang masih rendah.

JIKA PENDUDUK MALAYSIA DILAPORKAN BERJUMLAH 33 JUTA, BAYANGKAN BERAPA RINGGIT KERUGIAN ATAU KEHILANGAN YANG DITANGGUNG OLEH SETIAP RAKYAT MALAYSIA AKIBAT DARIPADA KETIRISAN DAN RASUAH INI

Malah pembuat dasar negara juga tidak akan berani membuat perubahan drastik ekoran tidak mahu hilang populariti walaupun dasar-dasar itu sangat baik untuk negara.

Ini lebih-lebih lagi apabila suhu politik negara tidak pernah reda walaupun di dalam tempoh beberapa tahun ini, Perdana Menteri bertukar ganti yang menyebabkan ketidakyakinan pelabur untuk terus melabur ke negara kita.

Mujur rakyat negara ini masih waras dan sayangkan negara, dan tidak berlaku sengketa peperangan saudara kerana perebutan kuasa seperti yang berlaku di beberapa buah negara muktahir ni.

AUDIT PEMATUHAN DAN PENGUATKUASAAN

Hampir setiap tahun Kerajaan Malaysia akan melaporkan kelemahan dalam pelaksanaan program/projek/aktiviti jabatan/agensi negeri.

 Kelemahan lini menyebabkan objektif pelaksanaan program/projek/aktiviti tidak dapat dicapai sepenuhnya dan kurang memberi impak kepada kumpulan sasaran.

Selain itu, berlaku iketidakpatuhan kepada peraturan kewangan di jabatan yang diaudit di bawah pengauditan pematuhan.

Namun begitu, pihak jabatan/agensi negeri yang terlibat telah mengambil tindakan terhadap sebahagian daripada teguran Audit yang dibangkitkan dalam LKAN yang dimaklumakan kepada umum setiap tahun.

Malah kita juga dikejutkan dengan pelbagai siasatan dan pendakwaan membabitkan penyelewengan baik yang berlaku di dalam sektor awam mahupun sektor korporat.

Malah wujud juga kartel berbentuk Mafia ekonomi yang masih tidak didakwa sehingga kini walaupun pelbagai laporan telah dibongkarkan oleh orang awam.

Mungkin badan penyelia seperti Suruhanjaya Sekuriti boleh bertindak segera sekiranya agensi penguatkuasaan awam yang lain masih menanti arahan untuk mendakwa salah laku yang telah dilakukan mereka.

Bayangkan negara Malaysia yang punyai telaga minyak dan gas  yang mungkin lebih luas daripada Negara kecil di kepulauan Borneo, Pelabuhan yang lebih banyak daripada sebuah negara di hujung Tambak , Iklimnya yang lebih baik daripada negara pengeluar makanan di Asia Tenggara namun masih ada rakyatnya yang menjadi gelendangan dan masih hidup di bawah garis kemiskinan negara.

Mungkin sesuatu yang harus difikirkan melalui pendekatan MADANI dan juga ESG yang merupakan inisiatif terkini dan Dunia.

RELATED ARTICLES
Utama

Yayasan PETRONAS agih 500 bakul makanan sempena Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular