HomeIsu tempatanFestival adat Membakut bakal diadakan tahun ini

Festival adat Membakut bakal diadakan tahun ini

Read Time:1 Minute, 43 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Membakut : Usaha bagi mengangkat martabat adat, seni dan budaya khususnya di daerah ini akan direalisasikan menerusi penganjuran Festival Adat Membakut pada tahun ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Mohd Arifin Arif berkata,  festival tersebut akan menghimpun dan mempamerkan adat, seni dan budaya dalam kalangan masyarakat Kadazan Dusun, Murut dan Rungus (KDMR).

Katanya, ia meliputi pakaian, tarian, muzik serta makanan tradisi di daerah berkenaan.

Arifin Arif

“Kita akan membangun serta memartabatkan adat, seni dan budaya di Membakut ini melalui festival yang akan dianjurkan oleh Ketua-ketua Adat, Mahkamah Anak Negeri dan KDCA Membakut pada tahun ini.

“Kita terkenal dengan tarian sumazau ‘Paina’ dan juga pakaian tradisi Membakut dinamakan ‘Ambung’ serta beberapa seni yang lain dalam Festival Adat Membakut yang akan melibatkan Bongawan dan Membakut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah di Pekan Membakut di sini semalam.

Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, festival adat itu merangkumi acara-acara seperti pertandingan paina, pertandingan gong dan masakan atau makanan tradisi masyarakat yang mengamalkan adat.

Katanya, beliau turut komited membangunkan semula kawasan-kawasan padi yang terbiar untuk dijadikan sebagai punca pendapatan masyarakat sekaligus mengembalikan nilai sentimental asal-usul padi bagi sesetengah kawasan.

“Untuk kali kedua mengadakan Anugerah Pengusaha Padi sebab kita mahu terus membangunkan Membakut ini sebagai salah satu walaupun kecil kawasannya untuk padi tetapi kita perlu memastikan tanah-tanah padi yang terbiar kita bangun semula.

“Misalnya, di Kampung Pimping ataupun di kawasan darat padi itu sudah sebahagian besar kita bangunkan walaupun lebih 10 hingga 15 tahun terbiar tetapi sekarang sudah ada hasil.

“Demikian juga di Kampung Limadang yang tadi mendapat anugerah merupakan kawasan yang membangun padi di sana. Kita mahu bangunkan lagi beberapa tempat agar padi menjadi sebahagian daripada punca pendapatan kerana memang asal sejarahnya padi di kawasan ini,” katanya.

Pada sambutan itu, Arifin yang diiringi Pegawai Daerah, Iberahim Terki, Pengerusi Pelaksana, Jack Jaikol Udar dan Pengerusi KDCA Cawangan Membakut, Dr. Christina J. Giman menyampaikan Anugerah Tokoh Kaamatan dan Pengusaha Penanam Padi Terbaik Membakut 2023.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya