HomeIsu tempatanRumah mesra SMJ beri sinar baharu buat OKU, ibu tunggal

Rumah mesra SMJ beri sinar baharu buat OKU, ibu tunggal

Read Time:1 Minute, 14 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Tamparuli : “Syukur, akhirnya kami dapat tempat tinggal yang selesa selain dapat membesarkan anak di rumah kami sendiri,” kata seorang ibu tunggal Dorathy Dess Morin, 36.

Dorathy merupakan salah seorang daripada 500 penerima Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli di sini.

“Saya baru mendapat kerja dan gembira kerana selepas ini dapat membesarkan anak dengan selesa di rumah kami sendiri,” katanya yang merupakan ibu kepada seorang anak berusia lima tahun.

Bagi pemegang Kad Orang Kurang Upaya (OKU), Jack Joel Moriga, inisiatif ini meringankan bebannya yang kini turut menjaga tiga lagi ahli keluarga yang juga OKU.

“Sejak terlibat dalam kemalangan jalan raya tujuh tahun lepas, saya sudah tidak dapat bekerja dan ini menjejaskan kewangan saya.

“Dengan adanya bantuan ini, saya dapat berpindah dari rumah lama untuk memberikan ruang lebih selesa kepada tiga lagi ipar saya yang juga merupakan OKU,” kata Jack yang sebelum ini bekerja dalam bidang perhotelan.

Berbeza dengan Dorathy dan Jack, seorang lagi penerima iaitu Ricky Peter Lee pula datang menerima kunci mewakili ibunya, Roselin Gimbad, yang meninggal dunia pada tahun lepas.

“Saya sedih kerana selepas 33 tahun hidup menumpang dan beberapa kali memohon bantuan, akhirnya mama dapat juga rumah tapi belum sempat merasa, dia pergi dulu.

“Bulan depan genap setahun pemergian mama dan kami bercadang untuk mengadakan upacara peringatan di rumah itu sebagai tanda penghormatan kepada mendiang mama,” katanya.

Terdahulu, majlis penyerahan di sempurnakan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PKK Biz @ Akademia catat lebih RM20,000 nilai jualan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular