HomeIsu tempatan29 buah sekolah rendah, menengah di Penampang terima bantuan CSR YBR

29 buah sekolah rendah, menengah di Penampang terima bantuan CSR YBR

Read Time:1 Minute, 26 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Penampang: Sebanyak 29 buah sekolah rendah dan menengah dalam kawasan Parlimen Penampang di sini menerima bantuan menerima program Tanggungjawan Sosial Korporat (CSR) Yayasan Bank Rakyat (YBR).

Sumbangan itu adalah sebahagian daripada peruntukan bantuan persekolahan kepada 60 buah sekolah rendah dan menengah di negeri ini bagi membantu sesi persekolahan yang telah pun bermula sejak Mac 2023. 

Ia melibatkan 52 sekolah rendah dan lapan sekolah menengah yang menerima bantuan melalui program Bantuan Persekolahan YBR dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Bantuan persekolahan ini melibatkan kumpulan pelajar dari kalangan Asnaf dan keluarga B40, berobjektif bagi membantu meningkatkan akademik pelajar-pelajar dari sekolah tersebut untuk sesi persekolahan tahun 2023.

Majlis penyerahan sumbangan bagi Parlimen Penampang disempurnakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang juga Ahli Parlimen Penampang di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Michael, di sini.

Hadir sama Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang; Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat  YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Sementara itu, Ewon berkata, pihaknya berharap agar bantuan yang disalurkan itu dapat membantu semua sekolah terlibat dalam menganjurkan program-program tahunan sekolah selain menyalurkan bantuan kepada pelajar yang memerlukan.

“Sebagai Menteri dan wakil rakyat di sini, saya ingin melihat program seperti ini dapat diteruskan oleh agensi-agensi dibawah kementerian saya selain dapat memastikan budaya keusahawanan itu dapat dipupuk diperingkat sekolah lagi.

“Dipihak kementerian saya juga turut bersedia untuk membantu pihak sekolah dalam melaksanakan aktiviti koperasi dan saya percaya kerjasama yang ada dapat dilaksanakan dengan sebaiknya,” katanya.

Terdahulu, seramai 26,604 murid telah menerima manfaat melalui bantuan persekolahan YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.6 juta yang melibatkan 87 lokasi bagi tahun 2022. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Cubaan tangkap ikan guna bahan letupan berjaya digagalkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular