HomePolitikPARLIMEN -- Pembangkang tidak kemukakan usul undi tidak percaya kepada PM

PARLIMEN — Pembangkang tidak kemukakan usul undi tidak percaya kepada PM

Read Time:51 Second

Perikatan Nasional (PN) tidak akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen Ke-15 yang dijangka berakhir 15 Jun ini.

Perkara itu disahkan oleh Pejabat Ketua Pembangkang, yang memaklumkan tiada mana-mana Ahli Parlimen PN yang mengemukakan usul itu kepada Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Tiada, tiada…setakat ini tiada (perancangan usul tidak percaya kepada Perdana Menteri dikemukakan),” katanya ketika ditanya wartawan.

Perkembangan itu secara tidak langsung menamatkan spekulasi mengatakan jumlah sokongan dua pertiga kepada Perdana Menteri semakin berkurangan.

Anwar sebelum ini telah beberapa kali mencabar pembangkang supaya membawa usul tidak percaya kepada Perdana Menteri sekiranya mereka yakin mempunyai jumlah sokongan mencukupi daripada Ahli Parlimen.

Ini susulan daripada spekulasi mengenai jumlah sokongan Ahli Parlimen kepadanya menjadi polemik, selepas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Dr Muhammad Faiz Na’aman, membayangkan terdapat usaha untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Polemik itu tercetus selepas Muhammad Faiz memuat naik angka 126 di Facebook miliknya.

RELATED ARTICLES
Utama

Ops Buaya: JHL tembak mati buaya betina di Kg Sabah Baru

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular