HomeIsu tempatanPemangkina anjur Perlawanan Amal Bola Sepak pada 3 Jun ini

Pemangkina anjur Perlawanan Amal Bola Sepak pada 3 Jun ini

Read Time:36 Second

RANAU: Persatuan Malim Gunung Kinabalu (Pemangkina) akan mengadakan Perlawanan Amal Bola Sepak bagi memperingati mangsa Gempa Bumi 2015, di Padang Majlis Daerah Ranau pada 3 Jun ini bermula 2.00 petang.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa penganjur kejohanan itu, Jamili Satimin Jali (gambar) berkata, sebanyak lima pasukan bakal berentap pada kejohanan tersebut melibatkan pasukan Pemangkina, pasukan Lumpadang Lagen,  pasukan Kasira United, Lipasu Lagend dan Clasico FBC bagi merebut penyandang Johan, Naib Johan, tempat Ketiga dan Keempat.

Menurut Jamili, Sepak Mula perlawanan akan disempurnakan Pegawai Daerah Ranau, Jumain Abd.Ghani.

“Kita menjemput orang ramai khususnya para peminat bola sepak dari daerah Ranau dan Kundasang supaya datang menyaksikan perlawanan Amal Bola Sepak tersebut sekaligus memberi sokongan kepada penganjur kejohanan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS terima 468 pelajar baharu program asasi, 40 asasi agrisains

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular