HomeUtamaPameran Lima’23 menggalakkan, dijangka mampu mencapai janji niaga sehingga RM18 bilion -...

Pameran Lima’23 menggalakkan, dijangka mampu mencapai janji niaga sehingga RM18 bilion – Mohamad Hasan

Read Time:1 Minute, 56 Second

LANGKAWI — Penyertaan LIMA ‘23 amat menggalakkan dan memberi peluang syarikat tempatan dan luar negara dari pelbagai negara mempamerkan teknologi dan senjata serta aset kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini.

Katanya  Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ’23) yang akan berlangsung esok hingga 27 Mei ini dijangka mampu mencapai janji niaga sehingga RM18 bilion. 

Katanya  daripada jumlah itu RM10 bilion adalah melibatkan Surat Setuju Terima (LoA) antara Kementerian Pertahanan dengan syarikat berkaitan pertahanan. 

“Kebanyakan yang akan kita tandatangani adalah LoA dan sekiranya dah capai kata sepakat dan beberapa lagi perolehan yang dipersetujui, kita akan tandatangani untuk memuktamadkan.

“Jadi hasil penganjuran LIMA ’23 kali ini dari segi nilai komersial, Kementerian Pertahanan dengan Kementerian Pengangkutan adalah hasil yang baik dan akan beri pulangan yang baik kepada negara dan industri tempatan kita,” katanya sidang media selepas meninjau tapak pameran segmen maritim LIMA ’23 di Resort World Langkawi, di sini hari ini.

Setelah kali terakhir diadakan empat tahun lepas, LIMA ‘23 kembali mencuri tumpuan dengan edisi ke-16 melibatkan kira-kira 1,200 syarikat dari dalam dan luar negara pada pameran berkenaan, sekali gus menjadikan acara kali ini yang terbesar pernah diadakan.

Lima negara yang terkenal dengan pertunjukan udara iaitu Rusia, Thailand, Indonesia, Korea Selatan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Terdapat  119 kapal terbang termasuk statik dan aerobatik dan 40 kapal laut termasuk kapal Malaysia akan dipamerkan untuk tontonan umum termasuk dari negara-negara lain.

“Jadi sambutan amat baik dan ada negara yang nak hantar penyertaan di saat akhir terpaksa kita tidak menerima penyertaan mereka kerana mengambil kira beberapa perkara termasuk tempat,” katanya. 

Dalam pda itu, Menurut mohamad lagi tiada keperluan untuk mengubah dasar membabitkan pembinaan aset-aset keselamatan negara 

Susulan isu berkaitan pembinaan kapal tempur pesisir (LCS), beliau berkata Kementerian Pertahanan akan memfokuskan kepada pemerkasaan tadbir urus bagi memastikan perkara tersebut tidak lagi berulang.

Katanya isu tersebut bukanlah masalah berkaitan dasar sebaliknya lebih kepada masalah pengurusan.

“(Isu itu) ia lebih kepada masalah pengurusan jadi pada masa sekarang setakat hari ini belum ada keperluan untuk mengubah dasar tersebut, yang penting pengurusan, memperkasa pengurusan adalah objektif kami.

Dasar sedia ada akan diteruskan dan dijayakan dengan baik dan industri pertahanan tempatan juga tidak perlu berasa was-was terhadap dasar yang dibawa oleh kerajaan katanya 

RELATED ARTICLES
Utama

Crisnanalina mula daftar masuk ke UMS esok, bantuan kebajikan akan dijaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular