HomePolitikJuil sah menjadi ahli individu GRS

Juil sah menjadi ahli individu GRS

Read Time:27 Second

Kota Kinabalu : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau Datuk Juil Nuatim sah menjadi ahli langsung Gabungan Rakyat Sabah.

Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) mengemukakan permohonan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi GRS.

Penyerahan borang permohonan itu turut disaksikan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam satu majlis ringkas di sini hari ini.

Pada Ahad lalu, Juil mengumumkan meninggalkan parti KDM yang dipimpin Datuk Peter Anthony. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

Demonstrasi tindakan tidak matang, guna saluran betul

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular