HomeUtamaDUN Sabah: JANS laksana kontrak Pra - Bayar di kawasan berpotensi berlaku...

DUN Sabah: JANS laksana kontrak Pra – Bayar di kawasan berpotensi berlaku kecurian air

Read Time:2 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) melaksanakan satu kontrak Pra – Bayar / Small Power Producer Water di kawasan atau tempat-tempat yang telah dikenal pasti padat penduduk atau zon-zon yang berpotensi berlakunya kecurian air.

Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, kaedah ini dilaksanakan adalah kerana kecurian air (direct tapping/ illegal tapping) yang semakin berleluasa, mengakibatkan peningkatan Non – Revenue Water (NRW).

“Jadi bagi mengatasi masalah ini, pihak JANS melaksanakan satu kontrak Pra -Bayar / Small Power Producer Water di kawasan atau tempat-tempat yang telah dikenal pasti padat penduduk atau zon-zon yang berpotensi berlakunya kecurian air, ” katanya semasa sesi soal jawab di persidangan Dewan Undangan Negeri ke-16 (DUN) Sabah di DUN Sabah di sini hari ini.

Dalam pada itu, JANS juga telah dan akan menawarkan kontrak-kontrak penyelenggaran paip mengikut zon – zon di seluruh negeri Sabah
bagi menggantikan paip yang usang dan berkarat.

Katanya, ini adalah penyelesaian jangka masa pendek untuk kejadian paip bocor.

“Sekiranya terdapat aduan ataupun laporan kebocoran paip atau paip pecah dari pengguna atau orang awam, pihak JANS akan mengambil tindakan segera dalam jangka masa 24 jam agar kerja-kerja pembaikan dapat
dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengenai langkah yang telah diambil bagi
mengatasi masalah bekalan air di Sabah yang semakin teruk dan berleluasa lebih-lebih lagi ketika musim cuaca panas serta kering berpanjangan pada masa kini.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya berkata, beberapa cadangan telah disenaraikan bagi menyelesaikan masalah bekalan air di negeri ini anataranya bagi daerah Sandakan, pihak JANS akan menyenaraikan cadangan pemindahan muka sauk Loji Rawatan Air Segaliud, Sandakan ke Sungai Meliau atau Sungai Kinabatangan sebagai potensi sumber air mentah baharu.

“Cadangan ini akan turut melibatkan kajian dan rekabentuk terperinci bagi menaiktaraf loji air sedia ada serta pembinaan sistem saluran paip air mentah dari sumber air mentah baharu ke Empangan Betotan, Segaliud, Sandakan.

“Cadangan ini akan dimasukkan sebagai senarai keutamaan dalam Rolling Plan ke-Lima (RP5) RMK-12, dibawah program Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim,” katanya.

Manakala cadangan penyelesaian jangka panjang bagi Daerah Beaufort, beliau berkata, JANS telah menyenaraikan Cadangan Pembinaan Kolam Takungan (Off River Storage) di daerah Beaufort dalam Rolling Plan 4, Tahun 2024 RMK12 di bawah program Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

” Takungan kolam ini dapat menampung bekalan sumber air mentah yang akan diproses masuk ke dalam loji rawatan air tanpa henti tugas atau mengalami kekeruhan sumber air mentah yang sangat tinggi.

“Bagi Daerah Sipitang, pihak JANS mencadangkan Cadangan Sistem
Bekalan Air Daerah Sipitang Fasa I di dalam Projek Berimpak Tinggi.

“Dengan adanya projek ini maka permintaan air secara domestik dan
komersial di sekitar Sipitang dapat dibekalkan air terawat dengan
konsisten dan terjamin,” tambahnya.

Di samping itu, katanya, pihak JANS telah mencadangkan Sistem Bekalan Air Lahad Datu Fasa II (Lahad Datu Water Supply Phase II) di bawah Biayaan Pinjaman Mudah Persekutuan.

“JANS juga merancang untuk menambah kakitangan bagi menampung keperluan tugasan sedia ada dan masa akan datang khususnya apabila loji rawatan air yang siap dibina kelak.

“Pihak JANS juga telah menyiapkan
kerangka struktur organisasi melibatkan penambahan kakitangan
seramai 500 orang,” jelasnya.

Menurut Shahelmey, pihak JANS juga telah menyediakan pelan tindakan pemantauan operasi dan
kecemasan bagi menghadapi kemungkinan kesan EL Nino yang
diramalkan melanda negara bermula pertengahan tahun ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya