HomeUtamaDUN Sabah : Naiktaraf Jalan Utara beri impak besar lebih 10,000 pengguna

DUN Sabah : Naiktaraf Jalan Utara beri impak besar lebih 10,000 pengguna

Read Time:1 Minute, 17 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukusan merakamkan penghargaan kepada Kerajaan negeri atas usaha bagi menaik taraf Jalan Utara di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan Rina Jainal berkata, peruntukan lebih RM200 juta bagi menaik taraf jalan berkenaan mampu memberi impak besar kepada lebih 10,000 pengguna jalan raya.

“Ini merupakan hasil daripada perolehan pendapatan yang berjaya dijana Kerajaan Negeri menerusi Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Boleh dikatakan lebih daripada separuh laluan berkenaan sudah diratakan dan saya berharap agar projek ini siap mengikut jadual seterusnya memberi kemudahan kepada ribuan kenderaan dikawasan terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas Dasar Kerajaan yang dibentangkan Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahirudin pada 22 Mei lalu.

Rina berkata, pihaknya juga telah menyatakan hasrat kepada Menteri Kerja Raya agar pampasan sewajarnya diberikan kepada penduduk yang terjejas ekoran projek berkenaan.

“Ia termasuklah pemilik 15 rumah setinggan yang berkelayakan dan menetap lebih 30 tahun di kawasan itu untuk diberikan sekurang-kurangnya pampasan minimum oleg pemaju.

“Cuma, saya ingin sampaikan dalam keghairahan melakukan kerja, pengurusan pentadbiran harus disusun atur dengan rapi agar rakyat yang terlibat dalam menikmati usaha ini dapat memahami dan memberi kerjasama kepada pemaju melaksanakan kerja-kerja berkenaan.

“Sehingga kini tiada ‘briefing’ ataupun penyampaian maklumat daripada pemaju kepada pemilik-pemilik premis, kediaman dan kawasan yang terlibat di sepanjang jalan tersebut,” katanya.

Katanya, beliau juga telah mengemukakan persoalan itu kepada pihak kementerian namun pihaknya dan juga PBT kawasan masih belum menerima khabar dari peringkat daerah sehingga kini,” katanya. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya