Jenazah Ag Askandar dijangka tiba di Sabah esok

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Pengurusan membawa balik jenazah warganegara Malaysia yang terkorban dalam ekspedisi pendakian Gunung Everest iaitu Allahyarham Lt. Kol (PA) Ag Askandar Ampuan Yaacub, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah telah diselaraskan dengan lancar oleh pihak Kedutaan Malaysia di Nepal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata, jenazah mangsa akan diterbangkan dari Kathmandu menggunakan pesawat MH115 pada 26 Mei 2023 (Jumaat) pukul 11.30 malam (waktu tempatan) dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 27 Mei 2023 (Sabtu) pukul 6.25 pagi (waktu tempatan).

“Jenazah akan dibawa balik ke Kota Kinabalu dengan menaiki pesawat MH2646 pada pukul 11.35 pagi, 27 Mei 2023 dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada pukul 2.15 petang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Armizan, atas permintaan ahli keluarga, jenazah akan dibawa ke kediaman mereka di Kampung Benoni, Papar dan kemudiannya ke Masjid Jamek As-Salam Benoni untuk solat jenazah.

“Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Benoni untuk disemadikan mengikut upacara istiadat penghormatan Angkatan
Pertahanan Awam Malaysia,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *