HomeIsu tempatanBot nelayan ditahan, kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/63

Bot nelayan ditahan, kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/63

Read Time:1 Minute, 4 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Labuan : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot kayu (Bot Nelayan Tradisional) kira-kira jam 10 malam tadi.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, dalam operasi yang dilaksanakan pihaknya berjaya mengesan dan menahan sebuah bot yang mencurigakan di kedudukan 1.4 batu nautika Timur Laut Pulau Daat.

“Semasa diperiksa, bot nelayan dikendalikan oleh seorang nakhoda lelaki, warganegara Malaysia berumur 55 tahun dan membawa dua orang penumpang iaitu seorang wanita warganagera Malaysia berumur 22 tahun serta seorang lelaki berumur 27 tahun yang tiada dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nudin berkata, kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana disyaki telah melanggar syarat sah lesen dan juga Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah selain cuba memasuki perairan Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan.

Katanya, bot nelayan terbabit beserta nakhoda dan penumpang telah ditahan dan dibawa ke jeti Zon Maritim Labuan untuk siasatan lanjut.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas sebarang aktiviti atau salahlaku jenayah di laut.

“Pusat Operasi Zon Maritim Labuan boleh dihubungi melalui talian 087-453777 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam,” katanya. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya