HomeIsu tempatanJangan jadikan perbezaan fahaman politik dan agama pemisah perpaduan - Jonathan

Jangan jadikan perbezaan fahaman politik dan agama pemisah perpaduan – Jonathan

Read Time:1 Minute, 53 Second

RANAU: Jangan jadikan perbezaan fahaman politik dan agama sebagai pemisah perpaduan dan persaudaraan kaum, kata Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin.

Menurutnya berbezaan perjuangan politik, fahaman agama atau kaum perlu dielakkan, sebalikknya dijadikan sebagai landasan serta asas mewujudkan persaudaraan serta keharmonian yang berkekalan.

Datuk Jonathan menjelaskan demikian ketika berucap pada majlis Sambutan Raya, Kaamatan, Hari Ibu Bapa dan Warga Emas Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Kampung Kibbas terletak 3 kilometer dari pekan di sini, pada Sabtu.

Jonathan berkata, tema perayaan Pesta Kaamatan tahun ini ‘Kaamatan  Mongubasanan Pisompuruan’ (Kaamatan Membudayakan Perpaduan), perlu dihayati oleh rakyat negeri ini kerana ia mengajak rakyat agar bersatu padu mengekalkan keharmonian dan persaudaraan sedia terjalin.

Beliau turut memuji kepimpinan KRT Kampung Kibbas atas kejayaannya menganjurkan majlis tersebut yang dihadiri ramai penduduk tanpa mengira latarbelakang mereka.

Katanya, perayaan  Pesta Kaamatan dan Hari Raya perlu dijadikan ruang dan peluang untuk memupuk perpaduan dan persaudaraan sekaligus mewujudkan keharmonian berkekalan dikalangan penduduk.

“Marilah kita jadikan majlis seperti ini sebagai landasan kukuh untuk mengekalkan persaudaraan tanpa membezakan latarbelakang kita”, ujarnya.

Terdahulu, Pengerusi KRT Kampung Kibbas, Meretha Jaudin dalam ucapannya mewakili penduduk dan ahli KRT merakam penghargaan dan terima kasih atas kehadiran Datuk Jonathan dan rombongannya daripada Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.

“Saya mewakili penduduk berima kasih atas kehadiran Datuk dan  rombongan meskipun sibuk dengan program lain namun sudi meluangkan masa untuk datang menunaikan jemputan kami,” katanya.

Beliau juga berterima kasih atas kehadiran penduduk khususnya para dermawan bagi membiayai kos penyediaan untuk menjayakan majlis tersebut.

“Dengan adanya sumbangan daripada anda semua membolehkan majlis kita pada pagi ini telah berjalan dengan lancar dan teratur”, jelas Meretha sambil memaklumkan dalam masa terdekat akan mewujudkan KRT kedua di Kampung Kibbas iaitu ‘KRT Siba'(Bawah) untuk memberi peluang kepada lebih ramai penduduk kampung itu menikmati pelbagai kemudahan yang bakal disalurkan kerajaan setiap tahun.

“Kita akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan hal tersebut”, tambah Meretha.

Pertandingan ratu Zandi Tavanus melibatkan peserta warga emas.

Majlis tahunan itu telah diserikan dengan acara “Potong Kek’ Warga Emas, Sukaneka, Tarik Tali di kalangan penduduk dan pertandingan ratu Zandi Tavanus melibatkan peserta warga emas dan Unduk Ngadau kategori kanak-kanak berusia enam tahun dan ke atas.

Turut hadir pada majlis itu ialah, Ketua Kampung Kampung Kibbas, Suali Doronsoi dan Pengerusi JPKK, Jorius  Aban.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pameran Petak Pertama langkah permulaan Alumni ASTiF UMS dalam industri seni

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya