HomeIsu tempatanLebih 5,000 pengunjung meriahkan Minggu Perpaduan Sabah

Lebih 5,000 pengunjung meriahkan Minggu Perpaduan Sabah

Read Time:1 Minute, 41 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Papar : Lebih 5,000 orang hadir memeriahkan sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Sabah yang bertemakan ‘Perpaduan Dalam Kepelbagaian’ di sini semalam.

Pengarah Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Sabah, Delin Liet Blaun berkata, sambutan itu diraikan bersama dengan warga Rukun Tetangga di Sabah dan akan diadakan di seluruh negara mulai 20 hingga 28 Mei 2023.

“Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga yang hadir pada pagi ini adalah dari pelbagai daerah antaranya daerah Kota Belud, Tuaran, Beaufort, Sipitang, Membakut, Kuala Penyu, Keningau, Tenom, Nabawan, Sook, Penampang, Putatan dan Kota Kinabalu.

“Selain itu, daerah lain adalah seperti daerah Ranau, Kundasang, Kudat, Matunggong, Sandakan, Lahad Datu, Semporna, Tawau, Beluran, Telupid, Tongod, Kunak, Pitas, Kinabatangan, Kota Marudu dan Papar.

“Sambutan ini merupakan salah satu program Kembara Perpaduan yang diadakan hampir serentak oleh setiap negeri setelah dilancarkan di Sarawak pada 21 Mei,” katanya.

Dalam ucapannya, Delin menjelaskan objektif utama penganjuran program berkenaan adalah untuk menyemarakkan semangat perpaduan serta menyebarluas pengetahuan, kefahaman dan penghayatan terhadap kepelbagaian adat dan budaya dalam masyarakat Malaysia.

Pelbagai pengisian program terbabit antaranya, Pertandingan Unity Got Talent, sukan perpaduan, pertandingan menghias kek, dapur komuniti masakan tradisi, pertandingan gubahan bunga kreatif, cita rasa menu kami, pertandingan fesyen kanak-kanak, senam harmoni, penyampaian bakul rahmah, peragaan busana etnik, pameran produk KRT, pameran perkhidmatan agensi kerajaan serta pameran rumah KAMI iaitu etnik di Sabah.

Turut berlangsung, Anugerah Kecemerlangan Rukun Tetangga Negeri Sabah yang diraih KRT Taman Semarak Jaya, Tawau yang diharap menjadi suntikan semangat kepada 1,073 KRT di Sabah dengan keahlian lebih kurang 26 ribu orang ahli Jawatankuasa KRT agar lebih bergerak aktif.

Pelancaran sambutan tersebut disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali di Dewan Masyarakat, di sini semalam.

Selain jentera utama, program itu turut melibatkan kerjasama rakan kolaboratif iaitu Pejabat Daerah Papar yang diketuai Pegawai Daerah, Mohd Fuad Abdullah selaku Pengerusi bersama program, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Daerah Papar, agensi-agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak swasta yang terlibat.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

RM23,000 wang tunai menanti pemenang CLAS -15 RTM Sabah Sabtu ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya