TABS SAFA Bandaraya sertai liga empat penjuru B12 Piala GFDP

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 2 Second

Kota Kinabalu : Pasukan Tunas Akademi Bola Sepak (TABS) Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Bandaraya akan menyertai Kejohanan Liga Bola Sepak Empat Penjuru bawah 12 tahun bagi merebut piala GFDP yang berlangsung di Kompleks Sukan Sandakan esok. 

Pasukan itu dianggotai seramai 20 pemain termasuk tiga jurulatih dan diketuai Juraidah Abdul Rahim. Kesemua mereka telah berlepas dari Kota Kinabalu pagi tadi.

Selain TABS SAFA Bandaraya, liga tersebut turut disertai Akademi Bola Sepak Remaja Sandakan, Kelab Bola Sepak Nuri Junior dan Akademi Bola Sepak Remaja Junior.

TABS SAFA Bandaraya juga diberi kepercayaan pihak penganjur sebagai penganjur bersama liga itu dan merupakan satu-satunya pasukan dari luar daerah Sandakan.

Timbalan Pengerusi TABS SAFA Bandaraya, Lokman Sunggim berkata, pihaknya merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur kejohanan atas undangan kepada TABS untuk terlibat dalam kejohanan empat penjuru tersebut.

Katanya, ia sebagai pendedahan kepada pemain-pemain baharu bawah 12 tahun TABS selepas menunjukkan prestasi yang baik dalam liga suparimau sesi pertama sebelum ini.

Pasukan itu tambahnya akan bertanding di grand final liga suparimau di Kuala Lumpur hujung tahun ini.

“Kita telah mengamanahkan Juraidah mengetuai rombongan pasukan ke Sandakan ini mengambil kira pengalamannya bersama pasukan itu yang menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan,” katanya sambil berharap mereka mampu mengulangi kejayaan dalam liga berkenaan. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *