HomeIsu tempatanVideo tular kejadian ragut di kedai emas Kota Kinabalu disahkan lakonan dan...

Video tular kejadian ragut di kedai emas Kota Kinabalu disahkan lakonan dan rekaan semata-mata

Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: Tular satu rakaman video kejadian ragut dalam kedai emas di daerah Kota Kinabalu disahkan hanya lakonan dan rekaan semata-mata.

Pemangku Ketua Polis Daerah
Kota Kinabalu, Superintenden Kalsom Idris berkata, berkaitan tersebarnya rakaman video tersebut, polis daerah Kota Kinabalu telah membuat risikan dengan menghubungi pengurus premis berkenaan bagi mendapatkan pengesahan berhubung insiden tersebut.

“Sehubungan dengan itu, pihak
pengurus premis telah mengesahkan bahawa kejadian tersebut hanyalah lakonan dan rekaan semata-mata (prank) sebagai inisiatif untuk memberi kesedaran kepada orang ramai agar sentiasa berada dalam keadaan berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling bagi mengelakkan menjadi mangsa ragut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Semalam (28 Mei) jam 2.00 petang telah tersebar satu rakaman video berdurasi 3 minit 32 saat di laman sosial menunjukkan seorang pelanggan wanita yang berada
dalam sebuah kedai emas di daerah Kota Kinabalu telah didatangi oleh seorang lelaki yang turut berada dalam premis berkenaan dan secara tiba-tiba bertindak meragut bakul berisi barang kemas yang telah dibeli oleh mangsa dari premis berkenaan sebelum melarikan diri.

Sehubungan dengan itu, polis daerah Kota Kinabalu telah meminta agar pengurus premis berkenaan membuat laporan polis bagi mengesahkan insiden dalam rakaman video tersebut hanyalah lakonan semata-mata serta memberi penjelasan kepada netizen di media sosial bahawa tujuan video tersebut disebarkan bagi mengelakkan kegusaran dan ketakutan dikalangan orang ramai khususnya di daerah ini, kerana pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu sentiasa memastikan tahap keselamatan adalah terkawal dan di tahap yang baik.

Kalsom turut menasihatkan orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi berhubung rakaman video berkenaan dan tidak mudah mempercayai sebarang isu yang disebarkan dalam media sosial
tanpa pengesahan oleh pihak yang berkenaan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Peserta Sugandoi, golongan muda diseru pelihara, promosi budaya Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya