HomeUtamaKerajaan Perpaduan mahu jadikan Malaysia sebuah negara terunggul

Kerajaan Perpaduan mahu jadikan Malaysia sebuah negara terunggul

Read Time:1 Minute, 19 Second

Penampang : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Perpaduan mahu menjadikan Sabah dan Malaysia secara keseluruhan sebagai sebuah negara yang terunggul.

Katanya, ia termasuklah hebat dari segi ekonomi, pendidikan dan teknologi selain budaya tradisi semua kaum di seluruh negara.

“Hari ini saya sangat gembira kerana dapat bersama-sama dengan saudara-saudara saya untuk menyambut satu pesta yang penting bukan saja KDM (Kadazan Dusun Murut) tetapi seluruh rakyat Malaysia di Sabah secara keseluruhannya.

“Acara seperti ini adalah acara rakyat.  Kita ada cita-cita dalam negara Madani dimana kita mahu jadikan Sabah dan Malaysia terunggul hebat dari segi ekonominya, kuat tahap pendidikan dan teknologi tetapi tetap mengakar budaya tradisi kita sendiri,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2023 di Dewan Hongkod Koisaan Persatuan Kadazandusun Sabah (KDCA) di sini hari ini.

Majlis Penutupan Pesta Kaamatan itu disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Hadir sama isteri Tun Juhar, Toh Puan Norlidah RM Jasni; Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag.

Anwar berkata, negara ini akan terus hebat selagi rakyat yang bermula dengan pimpinan yang mempunyai sikap terbuka dan menghormati selain sentiasa bertoleransi.

“Kita dapat lihat menerusi bentuk tariannya, pakaiannya, kepelbagaiannya termasuklah budaya.

“Sifat insaniah yang saling mencintai pelbagai satu sama lain, dan inilah hasrat kita dan saya memilig memaklumkan kepada Ketua Menteri untuk turut hadir pada sambutan kali ini.

“Saya ingin hadir bagi menunjukkan bahawa Kerajaan Perpaduan negara Malaysia ini bersungguh-sungguh mahu meyakinkan rakyat bahawa fasa baharu negara adalah untuk mengangkat seluruh rakyat pelbagai lapisan agama,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan tidak benarkan pembinaan Rumah SMJ dibina di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya