Masjid, Surau DUN Tg Aru terima sumbangan set kelengkapan pengurusan jenazah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 105 sumbangan set kelengkapan pengurusan jenazah diserahkan kepada 14 masjid dan surau di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru.

Penyerahan sumbangan tersebut disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri III yang juga Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya di Dewan Terbuka Kampung Tanjung Aru Lama di sini hari ini.

Shahelmey berkata, sumbangan set kelengkapan pengurusan jenazah itu adalah sempena program Parlimen Putatan bertujuan untuk kemudahan dalam urusan fardhu kifayah di masjid dan surau yang ada di kawasan DUN N22 Tanjung Aru.

“Ini merupakan insiatif kemasyarakatan pejabat Ahli Parlimen 173 Putatan bagi tujuan membantu urusan fardhu kifayah bagi masjid-maajid dan surau-surau yang ada di kawasan Parlimen Putatan.

“Saya harap dengan adanya set kelengkapan pengurusan jenazah ini akan dapat mempermudahkan semua masjid dan surau di kawasan ini apabila ada kecemasan (kematian) dalam pengurusan jenazah kerana kebiasaannya tempat ini dijadikan tempat untuk memandikan, mengkafan dan solat sunat jenazah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan tersebut.

Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan menyeru kepada semua ahli jawatankuasa masjid dan surau supaya menyimpan set kelengkapan pengurusan jenazah itu dengan baik dan di tempat yang mudah didapati apabila ada keperluan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *