HomeIsu tempatanMayat bayi baru lahir ditemui terapung di atas air

Mayat bayi baru lahir ditemui terapung di atas air

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Mayat bayi dipercayai baru dilahirkan ditemui terapung di perairan sebuah kampung atas air yang terletak di daerah Kota Kinabalu pada petang Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Kalsom Idris berkata, pada jam lebih kurang 6.30 petang semalam (10 Jun), Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu telah menerima maklumat berkaitan penemuan mayat seorang bayi di sebuah kampung atas air yang terletak di daerah Kota Kinabalu.

“Semasa seorang pengadu melalui jambatan kayu di perkampungan atas air tersebut, telah disapa oleh seorang kanak-kanak lelaki berumur lingkungan sembilan tahun menanyakan kepada pengadu tentang satu objek terapung di atas air samada patung atau bayi.

“Pengadu kemudian mengamati objek terapung tersebut dan mendapati ianya ialah mayat bayi yang dipercayai baru dilahirkan sedang terapung di atas air berhampiran jambatan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Kalsom, pengadu dengan bantuan penduduk berhampiran kemudian telah menghubungi pihak polis untuk memaklumkan kes tersebut.

“Setakat ini polis Kota Kinabalu masih belum mendapat apa-apa maklumat lanjut mengenai kejadian dan bayi tersebut disyaki dibuang ke laut selepas dilahirkan.

“Sehubungan dengan itu, polis Kota Kinabalu meminta orang ramai yang mempunyai maklumat
berkaitan kes ini boleh berhubung dengan Inspektor Hatikah Ahmad @ Abd Ghani Ditalian 016-8337243,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

EU komited bantu Sabah atasi isu keselamatan, tenaga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya