HomeUtamaKeracunan Metanol : Pantau, had penjualan kepada bidang tertentu sahaja

Keracunan Metanol : Pantau, had penjualan kepada bidang tertentu sahaja

Read Time:1 Minute, 17 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Penjualan barangan berbahaya yang sering digunakan sebagai bahan pelarut organik seperti metanol dipasaran terbuka perlu terus dipantau pihak berkuasa.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata, metanol yang juga dikenali dengan ‘spirit’ itu perlu dihadkan penjualannya agar tidak membahayakan khususnya mereka yang dibawah umur.

“Saya difahamkan baru-baru ini berlaku satu kes keracunan metanol di sebuah sekolah di Pitas dimana asrama berkenaan mempunyai seramai 38 penghuni dan 20 orang daripadanya mengalami keracunan dan ada juga yang kritikal.

“Justeru saya meminta agar penjualan barangan berbahaya ini terus dipantau dan menghadkan penjualannya kepada bidang-bidang tertentu sahaja. Saya tidak mahu perkara ini berulang kembali,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Sistem Aplikasi D-Ledger di Wisma Wanita di sini hari ini.

James berkata demikian bagi mengulas kejadian kes seramai 20 pelajar lelaki berusia 13 hingga 17 tahun di sebuah sekolah menengah di Pitas dilaporkan mengalami keracunan metanol. 

Hasil siasatan awal mendapati semua mangsa yang tinggal di asrama mempunyai sejarah mengambil minuman berkarbonat yang dibancuh bersama dengan cecair spirit dipercayai mengandungi metanol.

Sementara itu, James turut menyarankan khususnya para guru-guru untuk terus memantau pergerakan pelajar yang tinggal di asrama terutama pada ketika cuti.

“Para pelajar yang tinggal di asrama terutama pada waktu cuti perlu dipantau pergerakan mereka dan jangan biarkan tinggal bersendirian kerana kita tidak mahu perkara tidak diingini seperti ini berlaku.

“Saya juga akan mendapatkan laporan berkaitan kes ini daripada pihak berkaitan khususnya barang yang digunakan oleh mereka itu,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Projek infrastruktur air dilancar, tingkatkan kualiti dan ketersediaan bekalan air

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular