HomeUtamaPembantu peribadi syarikat antarabangsa didakwa membunuh

Pembantu peribadi syarikat antarabangsa didakwa membunuh

Read Time:1 Minute, 45 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Seorang lelaki pembantu peribadi di sebuah syarikat antarabangsa dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang pekerja wanita di kedai aiskrim sebuah pusat beli belah pada 29 Mei lalu.

Bagaimanapun tidak ada pengakuan direkodkan oleh tertuduh, Chung King Fung, 32.

Tertuduh yang hadir memakai seluar pendek dan berbaju T hitam hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles.

Menurut mahkamah, tertuduh didakwa pada 29 Mei 2023 antara jam lebih kurang 12.00 tengahari hingga 12.20 tengahari, bertempat di kedai aiskrim sebuah pusat beli belah di dalam Daerah Kota Kinabalu, telah membunuh Nurul Ain Silien, 21.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun sama yang sabit kesalahan, boleh dihukum mati.

Sementara itu, mahkamah mengarahkan tertuduh tidak boleh diikat jamin dan kekal berada di penjara Kepayan sehingga keputusan laporan bedah siasat daripada pihak hospital dan jabatan kimia diperoleh.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 11 Julai 2023.

Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Raya Kelvan Elson Maik manakala tertuduh diwakili dua orang peguam Chin Teck Ming dan Jul Hamri Jumhani.

Dalam pada itu, kelihatan beberapa ahli keluarga mangsa turut hadir pada hari pendakwaan diiringi peguam pemerhati Nabila Norsahara dari Hamid & Co.

Sementara itu, ibu mangsa dikenali sebagai Datuk Siti Aminah Jabar Khan ketika ditemui pemberita di perkarangan mahkamah berkata, beliau menjelaskan bahawa secara rasminya suspek bukanlah tunang kepada mangsa (anaknya) seperti yang diwar-warkan semasa kejadian itu.

“Secara rasminya tiada, anak saya bukanlah tunang kepada suspek, mereka hanya kenal kurang daripada setahun, jadi biarlah peguam kami yang uruskan kes ini,” jelasnya.

Berhubung dengan kes kejadian pada 29 Mei lalu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintenden Kalsom Idris berkata, hasil siasatan mendapati, punca kejadian adalah cemburu dan suspek (Chung King Fung) merasa tidak puas hati kerana mangsa memutuskan hubungan mereka dua hari sebelum kejadian.

“Oleh itu, suspek cuba memujuk mangsa di tempat kerjanya, namun mangsa enggan meneruskan hubungan mereka atas sebab peribadi.

“Disebabkan itu, suspek berasa berang dan bertindak menikam mangsa sebanyak lapan kali pada bahagian tubuh mangsa sehingga menyebabkan kematian,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tragedi kepala air: Ketiga-tiga mayat mangsa berjaya dikeluarkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya