Tun Juhar terima kunjungan hormat SBSA

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:36 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Persatuan Pemilik-Pemilik Bot dan Kapal Sabah (SBSA) hari ini mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Kunjungan yang diadakan di Istana Seri Kinabalu itu diketuai pengerusi SBSA Jeff Lu.

Lu berkata, kunjungan tersebut  adalah untuk memperkenalkan kepada Tun Juhar ahli-ahli jawatankuasa tertinggi persatuan yang mendapat sokongan Jabatan Laut Malaysia dan telah dilancarkan sejak 8 Mei lalu.

Beliau turut memaklumkan berkenaan perkembangan serta aktiviti-aktiviti persatuan sepanjang tahun ini.

Katanya, SBSA ditubuhkan untuk menyokong pertumbuhan dan pembangunan industri marin di Sabah, di samping mempromosikan serta menyokong kepentingan 1,000 pemilik bot, 300 pemilik kapal dan lebih 12,000 pelaut di Sabah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *