HomeIsu tempatanTiada catuan air, penduduk Bandar Sierra rayu pihak berwajib hantar bekalan air...

Tiada catuan air, penduduk Bandar Sierra rayu pihak berwajib hantar bekalan air segera

Read Time:1 Minute, 59 Second

KOTA KINABALU: Kira-kira 27 ribu penduduk kawasan taman perumahan di Bandar Sierra dekat sini merayu kepada pihak berwajib agar bekalan air bersih dapat disalurkan dengan segera di kawasan itu.

Seorang penduduk, Rosmawati @ Rozie Sanda, 50, berkata di taman perumahan mereka sudah lapan hari terputus bekalan air bersih.

“Hari ini (14 Jun) masuk lapan hari setitik airpun tidak kelihatan keluar dari saluran paip rumah kami di kawasan ini.

“Air simpanan tangki semua sudah habis kami gunakan, di mana lagi tempat kami mengadu?,” Katanya ketika menghubungi Sabah Media awal pagi tadi.

Menurut Rosmawati, penduduk Bandar Sierra telahpun membuat aduan kepada pihak Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) tapi kecewa kerana bermacam alasan diterima antaranya paras air sungai di loji air berkenaan tidak stabil menyebabkan terputus bekalan air.

“Banyak lagi alasan yang kami terima tetapi tiada tindakan malah catuan airpun tidak ada dilaksanakan.

“Dua hari lepas hanya ada sebuah lori menghantar bekalan air selepas saya hubungi Jabatan Air tapi itu pun hanya sekali dan memang tidak cukup untuk menampung bekalan untuk penduduk di sini,” katanya sangat kesal dengan pihak berwajib yang tidak mengendahkan aduan mereka.

Katanya, mereka komuniti di situ memang akui masalah bekalan air tidak mencukupi tapi sebelum ini mereka boleh bersabar kerana masih ada catuan dan boleh menyimpan air namun pada kali ini mereka sangat kecewa tiada tindakan segera oleh pihak berkenaan.

“Kami telah menghadapi masalah bekalan air di sini bertahun-tahun lamanya tapi kami boleh sabar sebab ada kaedah catuan, kami boleh tadah dan simpan air. Kali ini berterusan selama lapan hari tiada catuan langsung,” jelasnya.

Sementara itu, seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Maznah berkata, kesusahan ketiadaan bekalan air sangat terkesan sebagai surirumah yang memerlukan air untuk membuat kerja-kerja seharian.

Tong dan baldi untuk tadahan air ketika hujan. – Foto ihsan penduduk Bandar Sierra.

“Saya sebagai surirumah memang tekanan bagi kami kerana tidak dapat melaksanakan tugasan seharian seperti memasak, membasuh pinggan mangkuk, cuci pakaian dan lain-lain.

“Bagi yang ada anak kecil, anak-anak sekolah perlu guna banyak air malah untuk membersihkan diri sehari-haripun perlu air,” keluhnya.

Pakaian kotor terkumpul kerana ketiadaan air.Foto ihsan penduduk Bandar Sierra.

Justeru itu, penduduk di kawasan itu merayu agar pihak berwajib tampil menyelesaikan masalah air dan sekurang-kurangnya menghantar bekalan air yang mencukupi untuk menampung semua penduduk di situ supaya tidak terputus bekalan air sepanjang tempoh pihak JANS membaiki atau menaik taraf loji rawatan air atau sebagainya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pesta Kaamatan pemangkin kepada ekonomi masyarakat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular