HomeUtamaSabah terus menuju kejayaan

Sabah terus menuju kejayaan

Read Time:4 Minute, 36 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Oleh : Wan Azrain Adnan

1.         Pada Mei 2023, Ketua Menteri Sabah menyatakan bahawa rizab kewangan atau simpanan tunai Negeri Sabah berjumlah RM 6.78 billion. Ini adalah satu jumlah yang besar dan membanggakan. Malah jumlah ini jauh lebih tinggi jika di bandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

2.         Sebagai perbandingan. Pada tahun 2022, Selangor mempunyai rizab kewangan berjumlah RM 3.35 billion. Manakala Johor mempunyai rizab kewangan berjumlah RM 1.38 billion pada tahun 2021. Mengikut data sediada, hanya Sarawak mempunyai rizab kewangan yang lebih tinggi dari Sabah, iaitu berjumlah melebihi RM 30 billion.

3.         Rizab kewangan Sabah tersebut sudah pasti akan terus meningkat. Pada pembentangan Belanjawan Sabah 2023, Sabah di unjurkan untuk mencatat lebihan hasil sejumlah RM 130 juta. Ini berdasarkan jumlah kutipan hasil sebanyak RM 5.26 billion, berbanding dengan perbelanjaan sebanyak RM 5.13 billion. Ekonomi Sabah juga di jangka meningkat sebanyak 5.0%.

4.         Petanda ekonomi dan sasaran Kerajaan Sabah turut menunjukkan data serta prestasi yang memberangsangkan. Sebagai contoh. Kerajaan Sabah menyasarkan untuk Sabah memperolehi kontrak minyak dan gas tempatan berjumlah RM 1 billion ataupun 20% dari jumlah kontrak minyak dan gas pada tahun ini. Setakat ini, anugerah kontrak tempatan telah mencecah RM 564 juta.

Ketibaan pelancong di Lapangan Terbang Antabangsa Kota Kinabalu

5.         Pada masa yang sama, untuk empat bulan pertama tahun 2023, jumlah pelancong di Sabah telah meningkat sebanyak 94%, berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Dengan itu, Sabah mampu mencapai sasaran 2.2 juta jumlah pelancong pada tahun 2023. Jumlah pelancong tersebut bakal menyumbang sejumlah RM 4.1 billion kepada pendapatan negeri Sabah.

6.         Beberapa hari lepas, Kerajaan Sabah telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kajian Kebolehlaksanaan Cadangan Pembangunan Industri Angkasa di Sabah. Sekiranya kajian kebolehlaksanaan tersebut positif, maka Sabah berpotensi untuk mewujudkan fasiliti pelancaran angkasa/ space launching facility ke-16 di dunia.

7.         Projek ini selaras dengan aspirasi Kerajaan Sabah untuk pembangunan serta penglibatan rakyat Sabah di dalam industri berteraskan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM). Pelaksanaan projek tersebut akan memberi limpahan ekonomi serta melibatkan pemindahan pengetahuan/ knowledge transfer dan pembangunan kemahiran teknologi tinggi di Sabah.

8.         Sebanyak 300 – 500 syarikat hiliran dalam industri aeroangkasa seperti pembinaan, elektronik dan logistik, di jangka dapat di bangunkan yang bakal menyediakan 5,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Sabah. Malah setiap pelancaran kenderaan angkasa di anggarkan akan memberi pulangan mencecah RM 200 juta setahun.

9.         Jelas bahawa agenda Sabah Maju Jaya semakin membuahkan hasil, dan meletakkan Sabah di landasan pembangunan yang pesat. Namun begitu, Sabah masih mempunyai pelbagai isu legasi yang memerlukan penyelesaian segera dan menyeluruh. Sekiranya tidak di selesaikan, ianya pasti akan merencatkan agenda pembangunan Sabah, dan seterusnya meletakkan rakyat Sabah di dalam roda kemiskinan/ poverty-cycle yang tiada penghujung.

10.       Sehingga kini, Sabah masih menghadapi isu infrastruktur dan kemudahan awam yang teruk. Ini termasuklah elektrik, air, jalan raya, sekolah dan hospital. Kelemahan dan kekurangan tersebut menjejaskan kesejahteraan hidup rakyat Sabah. Pada masa yang sama, isu-isu berkenaan menghindar para pelabur untuk melabur serta merancakkan aktiviti ekonomi di Sabah.

11.       Sebagai contoh. Bekalan dan kualiti air kekal sebagai satu isu genting rakyat Sabah, di mana masih ramai yang belum menikmati kemudahan air yang baik dan mencukupi. Infrastruktur bekalan air yang usang telah menyebabkan kadar kehilangan air tidak berhasil (NRW) di Sabah sangat tinggi pada 56.7% berbanding dengan purata NRW negara, melibatkan kerugian yang besar kepada Kerajaan Sabah.

12.       Pada tahun 2022, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melaporkan bahawa purata NRW negara ialah 37.2%, dengan pembaziran air terawat sejumlah 7.08 juta liter sehari serta kerugian sebanyak RM 2 billion setahun.

13.       Pada awal Jun 2023, Kerajaan Sabah telah menerima peruntukkan sebanyak RM 320 juta dari Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan pelbagai projek untuk menangani isu bekalan air di Sabah. Ini hanyalah penyelesaian jangka pendek kerana isu bekalan air di Sabah memerlukan dana yang amat besar.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Sabah, adalah di anggarkan sejumlah RM 18.3 billion di perlukan untuk meningkatkan keupayaan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) bagi menyediakan perkhidmatan bekalan air yang cekap di Sabah.

14.       Projek-projek air yang telah di umumkan tersebut mesti di laksanakan dengan sempurna dan di awasi dengan teliti. Ini kerana isu air di Sabah melibatkan skandal rasuah terbesar Sabah, yang telah mengejutkan seluruh Malaysia.

15.       Baru-baru ini, ketika sesi perbicaraan kes rasuah bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), mahkamah di maklumkan bahawa lebih RM 23 juta di temui di pejabat beliau, RM 21 juta di rumah beliau dan RM 9 juta di dalam dua buah kereta. Bayangkan wang tunai sahaja sudah mencecah RM 53 juta! Ini tidak lagi termasuk jam tangan berjenama, barang kemas serta kereta mewah. Skala rasuah yang amat menakjubkan.

16.       Justeru itu, dengan kemimpinan Kerajaan Sabah yang cekap, amanah dan forward looking, sudah pasti pelaksanaan Sabah Maju Jaya dapat terus membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

SSMJ kerjasama dengan agensi Kerajaan pastikan miskin tegar di Sabah dinoktahkan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular