HomePolitikUSNO banyak berjasa, pelopor kepada kemerdekaan Sabah - Hajiji

USNO banyak berjasa, pelopor kepada kemerdekaan Sabah – Hajiji

Read Time:1 Minute, 35 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Penampang : Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengakui jasa dan perjuangan parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) kepada negeri ini amat besar khususnya untuk rakyat di Sabah.

Katanya, USNO juga merupakan parti yang menjadi pelopor kepada kemerdekaan Sabah pada tahun 1963.

“Bercakap mengenai USNO, kenangan dan nostalgia perjuangan USNO itu cukup besar untuk Sabah. Jika kita lihat, bukan sahaja penubuhan Yayasan Sabah, tetapi bangunan ini juga tersergam indah di tengah-tengah pusat pentadbiran Kerajaan Sabah pada hari ini.

“Selain itu, saya sendiri menjadi wakil rakyat pada 1990 bertanding atas tiket parti USNO yang berjasa ini, saya tidak boleh lupakan jasa dan pengorbanan USNO kepada saya.

“Sebagai kakitangan Kerajaan pada ketika itu, saya dipilih sendiri oleh (pengasas USNO) Tun Datu Mustapha Datu Harun, beliau pernah meminta saya dan beberapa orang lagi untuk dicalonkan sebagai calon USNO ketika itu. Saya tidak terfikit untuk menjadi seorang ahli politik pada waktu itu, saya ambil masa dua minggu untuk berfikir sama ada menerima atau tidak pelawaan berkenaan,”katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bangunan Wisma USNO di sini semalam.

Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) turut mengakui bukan mudah untuk menjadi calon parti pembangkang ketika itu. 

“Cabarannya amat besar kerana ketika saya berkempen untuk kawasan Sulaman, sukar untuk menerima sokongan kerana USNO adalah parti pembangkang.

“Namun, kerana perjuangan politik USNO dekat dengan penduduk tempatan, khususnya Bajau Samah di Sulaman, maka itulah cara saya memenangi pilihan raya,” katanya.

Hajiji terus mempertahankan kerusi Sulaman sehingga hari ini.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, bukam mudah untuk menjadi pemimpin dan beliau mengakui tidak pernah terfikir untuk menjadi Ketua Menteri Sabah.

“Apabila saya menduduki jawatan ini, saya hadapi segala cabaran yang paling susah berbanding Ketua Menteri lain. Ini kerana, saya menjadi Ketua Menteri dalam suasana yang cukup hebat kerana kita menghadapi COVID-19, ekonomi kita jatuh dan kedai juga tutup, “katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya