HomeIsu tempatanRumah tenggelam ditiup angin kencang

Rumah tenggelam ditiup angin kencang

Read Time:50 Second

BELURAN: Tujuh sekeluarga hilang tempat tinggal apabila rumah yang didiami hampir tenggelam akibat ditiup angin kencang dalam kejadian yang berlaku di perkampungan atas air di Kampung Kulapis Paris dekat sini petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 5.51 petang semalam (25 Jun).

“Sepasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran tiba di lokasi kejadian mendapati berlaku kejadian sebuah rumah jenis tidak kekal berukuran 40’X60′ kaki telah ditiup angin kencang.

“Terdapat tujuh mangsa sekeluarga berada di rumah tersebut telah dikeluarkan oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Kulapis Paris, Beluran.

“Kesemua mangsa ditempatkan ke tempat selamat sebelum ketibaan Pasukan Bomba,’ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Pasukan Bomba kemudiannya menjalankan pemeriksaan kawasan kejadian untuk memastikan tiada kemerbahayaan lain berlaku.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.29 petang,” kata kenyataan itu.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Deklamasi puisi akan diadakan pada Majlis Makan Malam Hari Jadi Rasmi...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular