HomeIsu tempatanKeperluan rakyat perlu diberi keutamaan - Ruddy

Keperluan rakyat perlu diberi keutamaan – Ruddy

Read Time:1 Minute, 16 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Pitas: Keperluan rakyat meliputi pelbagai aspek merupakan satu perkara yang perlu diberi keutamaan dalam memastikan kesejahteraan terbela.

Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Dato Sri Dr Ruddy Awah berkata, pelaksanaan program jabatan dan agensi Kerajaan khususnya di luar bandar juga dapat membantu menyelesaikan isu dihadapi rakyat.

“Penganjuran program Jabatan Bersama Rakyat khususnya di Pitas ini dilihat dapat membantu rakyat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka selama ini.

“Sudah pasti sebagai pemimpin di kawasan ini, keperluan rakyat merupakan keutamaan bagi kita dan ianya harus diselesaikan demi kesejahteraan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Jabatan Bersama Rakyat daerah Pitas 2023 yang diadakan di Dataran Pitas di sini semalam.

Ruddy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas berkata, program yang diadakan setiap tahun itu juga dapat menjadi ruang dan peluang untuk mendengar keluhan dan permasalahan yang dihadapi rakyat.

Katanya, sebanyak 23 jabatan dan agensi di bawah pengurusan Pegawai Daerah hadir menyertai program yang diadakan selama sehari itu.

“Kebanyakan jabatan ini dekat dengan rakyat seperti yang berkaitan dengan perladangan, pertanian, perikanan dan nelayan termasuklah Sabah Electricity Sdn. Bhd (SESB),” katanya.

Beliau turut mencadangkan agar program itu dipanjangkan sehingga ke peringkat mukim bagi memudahkan bertemu dan mendengar keluhan rakyat yang berada jauh di pedalaman.

“Selepas ini, kita akan perluaskan program seperti ini sehingga ke peringkat mukim ekoran terdapat satu-satu mukim yang mempunyai 20 buah kampung, ini memudahkan rakyat dari kampung-kampung yang terletak jauh dari pekan, datang ke mukim bagi mengutarakan permasalahan mereka,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pusat Sumber SJKC pemangkin pendidikan sekolah luar bandar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular