HomeIsu tempatanPeranan Persatuan Alumni KTYS penting bagi kecemerlangan kolej dan lahirkan pelajar berjaya

Peranan Persatuan Alumni KTYS penting bagi kecemerlangan kolej dan lahirkan pelajar berjaya

Read Time:1 Minute, 35 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Kerjasama rapat antara Persatuan Alumni Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) dan pengurusan KTYS menjadi antara elemen penting bagi memastikan kolej itu cemerlang di negeri ini.

Ketua Eksekutif KTYS Samin Ongki berkata peranan yang dimainkan oleh Persatuan Alumni KTYS sangat penting kerana kejayaan alumni merupakan bukti kejayaan kolej itu.

“Saya menaruh harapan yang sangat tinggi alumni KTYS bekerjasama rapat dengan pengurusan kolej bagi memastikan kejayaan KTYS untuk terus cemerlang di negeri ini.

“Justeru, saya mahu persatuan alumni ini perlu seiring dengan pengurusan KTYS,” katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Dwitahunan Persatuan Alumni KTYS Kali Ke-4 di sini, semalam.

Samin berkata beliau mengamalkan pintu terbuka untuk berunding dan bekerjasama rapat dengan kepimpinan persatuan alumni ini kerana selepas kolej dan persatuan alumni ini ditubuhkan begitu banyak kejayaan kolej dan alumni yang berjaya dalam bidang pekerjaan.

“Contohnya, baru-baru ini saya dihubungi seorang alumni yang berada di Tokyo, Jepun yang sudah berjaya dalam bidang perniagaan di sana.

“Presiden alumni juga seorang kontraktor kelas A dan banyak lagi kisah kejayaan alumni akan kita tonjolkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata pihak KTYS bertekad memberi suntikan motivasi dan dana kepada persatuan alumni untuk menggalakkan mereka bergerak lebih cemerlang.

Dalam pada itu, pada Mesyuarat Agung itu, rata-rata kepimpinan tertinggi Persatuan Alumni KTYS mengekalkan jawatan mereka bagi sesi 2023-2024 iaitu Mohd Pkhruddin Bian mengekalkan jawatan sebagai presiden, diikuti dua timbalan Wasli Ismail dan Latola Iye Nordin.

Manakala, jawatan lain Ainah Mastul (Setiausaha), Mohd Saizal Salleh (Penolong Setiausaha) dan Saniah Haeruddin (Bendahari).

Barisan exco, Abdulllah Tawe (Biro Profesional), Willmin Shahimin Gustimin (Biro Ekonomi), Nor Hanikka Jupiring (Biro IT & Multimedia), Mohd Saripuddin Nurung (Biro Sukan dan Rekreasi), Razanah Sari (Biro Kebajikan & Kerohanian), Rendy Ziki (Biro Publisiti & Penerangan), Haslin Gaffor (Biro Media), Kunim Songipun (Biro Keahlian), Flecia Edward (Penolong Biro Keahlian) dan Juruaudit Dalaman (Willmin Shahimin Gustimin). – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS terima 468 pelajar baharu program asasi, 40 asasi agrisains

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular