HomeUtamaUsahawan diseru terus perkasa diri dalam era digital

Usahawan diseru terus perkasa diri dalam era digital

Read Time:1 Minute, 12 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Sook : Semua usahawan khususnya di daerah ini diseru untuk terus memperkasa diri dalam era digital pada masa ini.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, semua pihak harus mengambil iktibar daripada daya saing kemajuan di negara China mahupun negara maju yang lain dengan memberi tumpuan kepada pembangunan teknologi.

“Saya pasti pihak berkaitan khususnya Unifi Business akan sentiasa menyokong usahawan tempatan untuk mengembangkan dan meningkatkan kebolehupayaan perniagaan secara digital.

“Pendigitalan perniagaan ini banyak kelebihannya antaranya meningkatkan kecekapan operasi perniagaan, meluaskan pasaran atau membuka pasaran baru dan meningkatkan keuntungan dalam masa yang singkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Pembudayaan Perniagaan Digital Usahawan Daerah Kecil Sook di Dewan Masyarakat Sook di sini hari ini.

Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook berkata, program itu juga merupakan satu inisiatif dalam memperkasa budaya digitalisasi dan teknologi dalam perniagaan.

Katanya, usahawan tempatan perlu bersedia untuk menyahut cabaran dalam era digitalisasi bagi membolehkan semua pihak bersaing dalam meneruskan kelangsungan perniagaan.

“Inovasi dan kebolehsuaian penting dalam dunia perniagaan pasca  pandemik ini. Saya yakin bahawa penyerapan teknologi dalam perniagaan mampu melonjakkan perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi. Ini secara langsung dapat membangunkan ekonomi negeri Sabah.

“Saya difahamkan program ini padat dengan pelbagai pembelajaran pendigitalan perniagaan seperti hab edagang, setoran awan, keselamatan siber dan digital marketing solution. Hal ini akan melonjakkan dan mengembangkan lagi perniagaan anda ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

2 Anggota Polis Ulu Tiram Terbunuh, Penyerang Ditembak Mati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular