HomeIsu tempatanMayat warga emas ditemui tersangkut di sebatang kayu tebing sungai

Mayat warga emas ditemui tersangkut di sebatang kayu tebing sungai

Read Time:35 Second

RANAU: Mayat seorang warga emas perempuan ditemui tersangkut di sebatang kayu di kawasan tebing sungai di Kampung Tinanom dekat sini pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pagi tadi (6 Julai) meminta bantuan mengangkat mayat mangsa dari lokasi kejadian.

“Sepasukan Bomba bergegas ke lokasi kejadian kira-kira 74 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau dan membantu mengangkat mayat mangsa dikenali sebagai Minggui Belinting, 81, yang tersangkut di sebatang kayu di kawasan tebing sungai.

“Seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, setelah memastikan tiada kemerbahayaan lain, pihak bomba menamatkan operasi pada jam 11.20 pagi.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PKK Biz @ Akademia catat lebih RM20,000 nilai jualan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular