HomeIsu tempatan352 individu terima lesen B2, beri manfaat golongan memerlukan

352 individu terima lesen B2, beri manfaat golongan memerlukan

Read Time:1 Minute, 0 Second

Pitas: Seramai 352 orang individu terdiri daripada golongan B40 dan penerima e-Kasih sekitar daerah ini menerima bantuan lesen memandu B2 menerusi pelaksanaan program MyLesen.

Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Dr Ruddy Awah berkata, penyerahan lesen dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu diharap akan dapat meningkatkan lagi sosioekonomi para penerima terlibat.

“Pemilikan lesen ini akan memberi manfaat kepada masyarakat di daerah Pitas bagi membantu memudahkan pergerakan selain menguruskan aktiviti-aktiviti seharian mahupun kecemasan sama ada dalam daerah sehingga keluar daerah tanpa rasa takut.

“Selain itu, pemberian lesen tersebut juga akan dapat meningkatkan lagi ekonomi setempat seterusnya meningkatkan pendapatan isi rumah dengan membuka peluang pekerjaan seperti menjadi penghantar makanan Foodpanda, Grabfood dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Program MyLesen daerah Pitas di Dataran Bengkoka di sini semalam.

Untuk rekod, Pitas merupakan daerah kedua selepas Tawau mengadakan program sebegini bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan dari kawasan luar bandar mendapatkan lesen memandu.

Program itu juga adalah bagi meningkatkan lagi kesedaran terhadap pematuhan peraturan jalan raya seterusnya membudayakan keselamatan jalan raya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ Malaysia, Ibrahim Mohd Yusof, Pengarah JPJ Sabah, Mohd Harris Ali dan Pegawai Daerah Pitas, Nahalan Mehdunah.- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PKK Biz @ Akademia catat lebih RM20,000 nilai jualan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular