HomeIsu tempatanGraduan cemerlang pelbagai aspek mampu bersaing di peringkat antarabangsa

Graduan cemerlang pelbagai aspek mampu bersaing di peringkat antarabangsa

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu : Graduan yang seimbang dalam pelbagai aspek merupakan aset negara yang diperlukan untuk memacu kemajuan pembangunan negara.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Profesor Datuk Dr Kasim Mansor berkata, graduan yang seimbang juga mampu bersaing ke peringkat antarabangsa.

“Graduan yang berjaya adalah graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi turut cemerlang dalam kemahiran insaniah.

“Saya yakin bahawa kursus-kursus yang ditawarkan di  Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar ini memfokuskan potensi pelajar dalam mengasah bakat dan kemahiran insaniah para pelajar melalui silibus kursus yang sesuai dan program-program yang dianjurkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Kokurikulum UMS Semester 2 Sesi 2022/2023 UMS di sini semalam.

Dr Kasim berkata, menerusi kursus itu juga, pelajar diberikan pendedahan tentang inovasi dengan bimbingan daripada jurulatih yang bertauliah melalui Karnival Inovasi.

Katanya, ini merupakan inisiatif yang baik untuk membuka mata pelajar dalam bidang reka cipta dan inovasi serta memberi peluang kepada mereka supaya berfikir secara kreatif.

“Ini sejajar dengan misi UMS sebagai peneraju masyarakat berinovatif sejajar dengan slogan ‘Leading Towards Innovative Societies’.

“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar juga telah menggariskan enam tonggak dasar Malaysia Madani iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan.

“Agenda Madani ini bukan sahaja menumpukan aspek penyelesaian masalah dan memenuhi keperluan semasa negara tetapi agenda ini turut menyentuh corak masa depan serta memenuhi potensi rakyat dan negara.

“Oleh itu, selaku warga universiti, kita seharusnya menghayati dan menterjemahkan misi Perdana Menteri dalam ruang lingkup dan kapasiti kita sebagai warga di menara gading,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PKK Biz @ Akademia catat lebih RM20,000 nilai jualan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular