HomeSukanKBS Sabah sumbang peralatan sukan Ping Pong kepada Beaufort Table Tennis Academy

KBS Sabah sumbang peralatan sukan Ping Pong kepada Beaufort Table Tennis Academy

Read Time:1 Minute, 44 Second

BEAUFORT : Kementerian Belia dan Sukan Sabah hari ini telah menyumbangkan peralatan sukan Ping Pong kepada Beaufort Table Tennis Academy untuk tujuan pembangunan dan latihan khususnya kepada atlet-atlet para negeri Sabah.

Sumbangan itu disampaikan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin kepada Thien Teck Leong selaku jurulatih akademi tersebut dan Jurulatih Majlis Sukan Negeri Sabah ( MSNS).

Ellron semasa berucap dalam majlis penyerahan tersebut berkata sumbangan tersebut merupakan satu tanda sokongan padu daripada kerajaan negeri kepada sukan yang mempamerkan prestasi cemerlang di peringkat kebangsaan khususnya PARA Sukma dan Sukma serta di Sukan SEA dan sukan antarabangsa yang lain.

Sumbangan berupa dua buah meja ping pong berserta bet dan bola itu turut disaksikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap KBSS Putera Jali, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah Mohd Asneh Mohd Noor dan juga jurulatih akademi tersebut Ting Ing Hock.

Dalam majlis berkenaan, Ellron turut menekankan usaha padu kementeriannya dalam memastikan Sabah mampu untuk mempertahankan kejuaraan di PARA Sukma 2024 di Sarawak tahun hadapan.

Selain itu beliau juga turut menekankan pembangunan yang seimbang untuk melihat Sabah juga mampu melahirkan atlet-atlet berprestasi tinggi di Sukma untuk atlet-atlet normal.

“Semua atlet perlu mengambil perhatian semasa menjalani latihan, anda perlu berlatih bersungguh-sungguh dan memerah tenaga seratus peratus untuk setiap larian, dan begitu juga ketika melakukan pukulan ataupun tendangan.

“Jangan turun melakukan latihan hanya sekadar mengisi jadual, kerana ini bukan sahaja membazirkan masa anda sendiri tetapi juga membazirkan perbelanjaan yang disalurkan oleh kerajaan kepada semua badan sukan,” tegas beliau.

Beliau turut menekankan pentingnya pengunaan Sains Sukan dalam latihan dan pembangunan sukan bagi meningkatkan lagi prestasi atlet dalam mana-mana jenis sukan sekalipun.

Dalam pada itu, Majlis Penyerahan tersebut merupakan rangka lawatan kerja Ellron yang mana Beaufort Table Tennis Academy juga merupakan pusat latihan bagi para atlet ping pong negeri Sabah.

Sementara itu, beliau juga sempat melakukan lawatan ke Kompleks Sukan Beaufort.

Turut hadir dalam rangka kerja lawatan itu, Pengurus Besar Lembaga Sukan Sabah Terrance Edward Pudin, Presiden Persatuan Ping Pong Sabah Chua Soon Ann, Presiden Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Sabah ( PESRON ) Tan Hwa Koon.

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah luluskan peruntukan RM12.24 juta naik taraf kemudahan Stadium Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular