HomeUtamaKeputusan STPM 2022 dikeluarkan Khamis ini

Keputusan STPM 2022 dikeluarkan Khamis ini

Read Time:50 Second

Kota Kinabalu : Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022 akan dikeluarkan pada Khamis ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa semua calon sekolah Kerajaan, bantuan Kerajaan dan swasta boleh memperoleh keputusan peperiksaan STPM 2022 mulai 11.30 pagi di sekolah masing-masing.

Menurut MPM, semakan juga boleh dibuat secara dalam talian di pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpm untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STPM.

“Selain itu, semakan juga boleh dibuat secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan STPM 2022 dengan menaip STPM<jarak>No.K/P<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888.

“Sistem ini akan diaktifkan mulai jam 11 pagi pada 13 Julai 2023 (Khamis) sehingga jam 12 tengah hari pada 23 Julai 2023 (Ahad),” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Sebanyak 41,701 calon telah menduduki peperiksaan STPM 2022 di 659 buah pusat peperiksaan di seluruh negara dan sebanyak 5,668 petugas peperiksaan telah dilantik bagi keseluruhan peperiksaan ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sistem air minuman secara mudah alih, berkuasa solar berjaya dibangunkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular