HomeIsu tempatanKumpulan Poseidon bakal 'tawan' Jepun Oktober ini

Kumpulan Poseidon bakal ‘tawan’ Jepun Oktober ini

Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA.KINABALU: Sekumpulan tujuh anak seni Sabah yang menggelarkan diri mereka Poseidon bakal mengadakan persembahan mereka di beberapa bandar wilayah Jepun dalam siri jelajah kumpulan tersebut, bermula 8 Oktober depan.

Ketua Pegawai Operasi AJ Productions, Jasnie Mohd Yaakub

Menurut Ketua Pegawai Operasi AJ Productions, Jasnie Mohd Yaakub, siri jelajah Poseidon kali kedua ini memilih sembilan tempat sebagai lokasi persembahan Poseidon di sana nanti.

“Antaranya di Babel (The Rock Tower) Tachikawa Tokyo (8 Oktober), Shinjuku Samurai Tokyo (10 Oktober), Shuffle Tokyo (11 Oktober), Heavens Door Tokyo (13 Oktober), Music Farm Nagoya (16 Oktober), Vijon Osaka (18 Oktober), Gattacca Kyoto (19 Oktober), Alchemy Kobe (21 Oktober) dan Padoma Kobe (23 Oktober).

“Pihak pengurusan AJ Productions telah mengilhamkan siri jelajah ini kerana percaya kepada potensi Poseidon untuk memasuki pasaran negara matahari terbit, Jepun ini, lebih-lebih lagi Poseidon pernah mengadakan persembahan di Jepun sebelum ini dan mendapat sambutan yang sangat baik.” Kata Jasnie dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, siri jelajah kali ini amat istimewa buat Poseidon yang telah menjangkau lapan tahun penubuhannya.

“Persiapan awal bersama wakil pengurusan persembahan mereka di Jepun telah dibuat dengan teliti bermula awal tahun lagi dan sekarang ini dalam fasa mempromosikannya di sana,” ujarnya.

Menurutnya, ketika ini, Poseidon sedang dalam rangka menyiapkan rakaman mini album mereka yang bakal dilancarkan pada siri jelajah itu nanti.

“Sebagai rekod, kumpulan ini telahpun menerbitkan empat buah lagu single dan satu EP sejak ia mula ditubuhkan pada 2015.

“Kumpulan bertaraf antarabangsa yang bertapak di Kota Kinabalu, Sabah ini pernah memenangi tempat ketiga Asian Beat Tokyo 2016 dan telah dijemput mengadakan persembahan di Jepun sempena Shibuya Showcase Fest pada tahun 2018.

“Kumpulan Poseidon yang aktif memperjuangkan muzik Rock Progresif dan Metal Etnik ini terdiri daripada Kaynizam (penyanyi), Ramzul Ihsan (pemain dram), Hasdee (gitaris), Am Syukri @ Nai (pemain gitar bass), Al Hafiz (keyboardis), Abdul Muiz@ Rommey (pemain seruling) dan Mohamad Reduan@ Wan Kibot (FX & Sequencer),” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif AJ Productions Asmi Datuk Andi Yakin

Turut serta dalam Siri Jelajah Jepun itu nanti ialah Asmi Datuk Andi Yakin, Ketua Pegawai Eksekutif AJ Productions.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pameran Petak Pertama langkah permulaan Alumni ASTiF UMS dalam industri seni

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya