HomeUtama'Love Scam' wanita kerugian RM2.5 juta

‘Love Scam’ wanita kerugian RM2.5 juta

Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Seorang pengurus sebuah syarikat swasta di Kota Kinabalu mengalami kerugian berjumlah RM2,503,113.00 dipercayai telah diperdaya dalam satu kes penipuan dalam talian ‘Love Scam’.

Mangsa seorang wanita berusia 46 tahun itu telah membuat laporan polis pada Rabu (12 Julai 2023) berkaitan kes penipuan berkenaan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun mengesahkan laporan berkenaan, katanya kes telah disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Menurut laporan, pengadu telah berkenalan dengan suspek seorang lelaki yang memperkenalkan diri beliau sebagai Ji Won berasal dari Korea melalui laman sosial instagram.

“Perhubungan menjadi semakin rapat dan mula berhubung dengan lebih kerap melalui aplikasi whatsapp.

“Suspek telah memaklumkan kepada pengadu bahawa perniagaan Oil and Gas beliau di Itali mempunyai masalah akaun bank dan meminta bantuan kewangan daripada pengadu untuk membuat pembelian barang-barang syarikat.

“Atas dasar percaya, pengadu telah membuat pembayaran secara berperingkat sebanyak 41 kali ke dalam 24 akaun berbeza yang berjumlah lebih RM 2.5 juta antara 26 Mei 2023 hingga 4 Julai 2023 atas arahan suspek.

“Pengadu rasa tertipu apabila wangnya tidak dikembalikan dan diminta membuat bayaran tambahan
Dan kini suspek gagal dihubungi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang hari ini.

Justeru, Jauteh berkata, dalam usaha mengekang kerugian akibat kes penipuan ‘Love Scam’ ini, PDRM menyeru agar masyarakat sentiasa berwaspada dari menjadi mangsa penipuan.

Antara tips yang boleh dipraktikkan;

1) Jangan mudah terpesona dengan gambar-gambar profil yang cantik/ tampan yang digunakan di laman media sosial.

2) Jangan cepat dan mudah terpedaya dengan kata-kata manis dan janji
mereka.

3) Berhati-hati dalam memilih rakan melalui laman sosial/ alam maya terutamanya kenalan yang dikatakan daripada luar negara.

4) Jangan memberi pinjaman atau memasukkan wang ke dalam akaun individu yang tidak dikenali sekiranya diminta atau arahan tersebut daripada kenalan lama sosial melalui telefon, sms atau email.

5) Pastikan membuat semakan terlebih dahulu melalui laman sesawang
http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ atau memuat turun aplikasi semak mule CCID sebelum membuat sebarang transaksi.

Sekiranya anda seorang mangsa scam, sila hubungi National Scam Respon Centre (NSRC) di talian 997 dengan kadar segera.

RELATED ARTICLES
Utama

UWSS Kasigui dijangka bantu tingkat pengeluaran bekalan air di Putatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular