HomeIsu tempatanKlinik Kesihatan Putatan anjur Minggu Pap Smear dan HPV 31 Julai -...

Klinik Kesihatan Putatan anjur Minggu Pap Smear dan HPV 31 Julai – 4 Ogos ini

Read Time:47 Second

PUTATAN: Klinik kesihatan Putatan akan menganjurkan Minggu Pap Smear dan HPV selama lima hari bermula pada 31 Julai hingga 4 Ogos 2023 bertempat di Zon A klinik kesihatan Putatan.

Pakar perubatan keluarga,
Klinik kesihatan Putatan, Dr Nadia Hamimah Kamaludin berkata, pelancaran Minggu Pap Smear dan HPV ini akan diadakan dari jam 9 pagi hingga 3 petang.

Katanya, tujuan Minggu Pap Smear dan HPV ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan melakukan pap smear
kepada golongan wanita
dan mengenal pasti wanita yang mengalami pra kanser dan kanser serviks untuk tindakan susulan.

Turut diadakan Majlis Penutupan Kem Kesihatan dan Minggu Bertemu Pelanggan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Shahelmey Yahya pada 5 Ogos 2023 di Dewan Sri Putatan.

Sepanjang program itu, selain pemeriksaan kesihatan, banyak acara menarik disediakan untuk pengunjung.

Sehubungan dengan itu, Dr Nadia turut mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk membuat pemeriksaan kesihatan di lokasi dan masa yang telah ditetapkan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Remaja reka cerita ‘diculik’ kerana enggan hadiri kelas mengaji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya